Wednesday, January 4, 2012

autoshow n tesco jb
























dunia anak2ku

apalah yang direpair oleh si irham tu...si shahmi meerhti je dari jauh..


camel trophy..lopak airpun jadi idea nak terjah..

bike shahmi yg sentimental value...mula dipakai dari abangnya kimi yg dah sekarang 14 tahun..huh antik tu..dah boleh masuk muzium ni..

adalah tu projek yang bakal dilakukan oleh di orang ni...


kalau shahmi tengah main biarkan aje bersepah.. buat penat kemas je..nanti diangkutnya balik..so tengokkan aje..kata orang dia tengah kembangkan bakat psikomotornya..ya lah tu mamanya..alasan malas nak kemas kata ayah shahmi..he3 iyakan aje asal bahagia...

my fav: Mr Horatio @ CSI Miami

suasana meeting guru kali pertama tahun 2012





program transisi tahun 1 (irham hafiz)










mengapa perempuan suka dipeluk...


Mengapa wanita suka dipeluk, lelaki tidak suka memeluk. Musykil?


Lelaki tidak faham mengapa wanita sangat suka dipeluk. Bagi lelaki, pelukan hanyalah perbuatan fizikal, padahal bagi wanita, pelukan menyimpan erti lebih dalam.


Pelukan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa dan boleh dilakukan secara spontan. Bagi Anda yang asing dan tak biasa dipeluk maupun memeluk, mungkin Anda perlukan sedikit tips.

Belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan Anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan jaga selalu kontak mata dengannya.


Berikut, sedikit gambaran sisi positif dari pelukan.


Mengapa wanita suka dipeluk
Aktiviti memeluk melepaskan hormon oksitosin. Oksitosin bertanggungjawab memancing apa yang disebut para ilmuwan dengan ‘sepasang ikatan’. Maksudnya, pelukan membuat pasangan merasa lebih dekat dan intim.


Dalam urusan cinta, pelukan mampu menciptakan ikatan di antara lelaki dan wanita. Lebih dari itu, bagi wanita, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan.


Pelukan memberi bermakna dalam jika dilakukan dengan tulus. Jadi, alasan wanita menyukai pelukan adalah kerana pelukkan ini memberikan maksud yang mendalam.


Mengapa Anda harus memeluk 
Jika ia boleh membuatkan diri rileks secara fizikan dan emosional, Anda mungkin benar-benar boleh menikmati beberapa keuntungan pelukan.Sebuah penelitian yang dilakukan di Chicago menyatakan, pasangan yang secara teratur dan spontan saling memberi kasih sayang non-seksual, seperti pelukan, akan merasa lebih puas dengan hubungan mereka.Oksitosin dilepaskan dari otak Anda yang nantinya memunculkan perasaan bahagia dan tidak stres. Nah, perasaan inilah yang akan memberi manfaat positif terhadap hubungan.


Bagi pasangan suami isteri cubalah teknik ini.Ustaz-ustaz juga ada mengatakan bahawa suami yang suka memeluk isteri,umurnya mereka akan lebih panjang.Insya-Allah.

sifat perempuan yang disukai lelaki..


8 perangai perempuan yang disukai lelaki
Okay, bagi perempuan2, mesti nak tau sangat kan? So... here it is...

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

3. Menghargai
Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. 

Sunday, January 1, 2012

catatan sham kamikaze

     LUHUR
Singkap kembali detik akhir bersama
Linangan airmataku menitis
Dalam pelukan dakapan yang terakhir
Mengalir darah membasahi bumi
Pergi yang tak kembali untuk selamanya
Segar indah namamu di hatiku

Perjuanganmu bagai lilin membakar
Bersinar menerangi kegelapan
Rela berkorban meredah onak berduri
Jasa baktimu sejernih air di kali
Bersemadilah engkau aman di pusara
Sinar cahaya murni keramatmu
Berjihad biar menitis oh darah terakhir
Menjadi lambang cinta yang terluhur

Sayu dan pilu bermain di jiwaku
Hilang mu kini tiada pengganti
Hanya namamu tersemat di kalbuku
Menjadi satu kenangan abadi

Menjadi satu kenangan yang abadi

wings semalam yang hangat lirik

Bersabarlah - Warisan [Lirik]

Bersabarlah - Warisan [Lirik]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...