Sunday, June 16, 2013

serangan jantung dan air panas




Tidak hanya sekadar air panas selepas makan, tetapi berkenaan Serangan Jantung. Minuman teh panas Cina atau Jepun selepas makanan dan bukannya minum air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa atau selepas makan.
Bagi mereka yang suka minum air batu, fakta ini sangat bermakna kepada anda. Minum air batu selepas makan memang menyegarkan. Walaubagaimanapun, air batu akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Akibatnya akan berlaku ‘enapcemar’ bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Dalam masa yang singkat, ianya akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada berlakunya kanser. Langkah yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.
Gejala Biasa Daripada Serangan Jantung …
Nota penting tentang serangan jantung – Awas! Anda perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati dengan kesakitan yang teramat sangat pada bahagian atas dada.
Anda mungkin tidak mempunyai sakit dada semasa serangan jantung. Loya dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika mereka sedang tidur tidak bangun. Kesakitan pada rahang boleh bangunkan anda dari tidur yang lena. Marilah kita berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup …
Kardiologi A berkata, jika semua orang yang membaca pos ini berkongsi kepada 10 orang rakan, anda yakinlah bahawa kita akan dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa. Baca & Hantar kepada rakan. Ia boleh menyelamatkan nyawa… Jadi, sila menjadi rakan yang baik dan berkongsi artikel ini untuk semua kawan-kawan anda, anda mengambil berat tentang jantung anda.
Tapi janganlah lupa hidup dan mati adalah ketentuanNya jua.

kemalangan maut perodua Viva di Shah Alam

ohtidak-viva-kemalangan-shah-alam-3
SHAH ALAM 16 Jun – Tiga daripada empat pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) maut selepas kereta Perodua Viva yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 14.5 Lebuh Raya Persekutuan di sini awal pagi ini.
Dalam kemalangan pada pukul 5.15 pagi itu, pemandu Adam Ab. Rahman bersama Ameer Asyraf Sulaiman dan Nurul Maizura Maidan yang duduk di bahagian penumpang belakang mati di tempat kejadian.
Bagaimanapaun, seorang lagi mangsa, Nurfarina Mokhtar yang duduk di sebelah pemandu bernasib baik apabila hanya mengalami cedera ringan.
Kesemua mangsa berusia 18 tahun dan mereka baru mendaftar masuk ke IPTA masing-masing dua minggu lalu.
Video:
Video ini tidak memaparkan dengan jelas kerana dilarang pihak Bomba untuk rakaman dilakukan. Rujuk description video untuk info penuh berkenaan video ini.
Adam merupakan pelajar Diploma Pengajian Sukan di Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang; Ameer (pelajar asasi jurusan perakauan di UiTM Shah Alam); Nurfarina (pelajar asasi Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, UiTM Shah Alam) manakala Nurul Maizura (pelajar asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia).
MANGSA-MANGSA yang meninggal dunia (gambar dari kiri) Adam. Ab. Rahman, Ameer Asyraf Sulaiman dan Nurul Maizura Maidan manakala Nurfarina Mokhtar (gambar kanan) tercedera.
MANGSA-MANGSA yang meninggal dunia (gambar dari kiri) Adam. Ab. Rahman, Ameer Asyraf Sulaiman dan Nurul Maizura Maidan manakala Nurfarina Mokhtar (gambar kanan) tercedera.
Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah berkata, ketika kejadian, empat sahabat tersebut dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur dari Shah Alam dipercayai selepas mengunjungi taman tema i-City di sini.
Utusan Malaysia/kosmo
Menurutnya, setiba di lokasi, kereta berwarna kuning terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.
“Akibat daripada rempuhan kuat, bonet kereta yang terperosok di bawah pembahagi jalan rosak teruk dan dinding kereta sebelah kanan terkopak menyebabkan pemandu dan seorang penumpang wanita yang duduk di belakang tercampak keluar.
“Dua mangsa lagi ditemui dalam kenderaan tersebut namun seorang daripada mereka telah meninggal dunia kerana cedera parah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ruslan memberitahu, kesemua mangsa yang maut akibat cedera parah di kepala dan anggota badan manakala mangsa yang cedera ringan hanya luka serta lebam di muka. –UTUSAN ONLINE
ohtidak-viva-kemalangan-shah-alam-4
Takziah kepada keluarga mangsa. Berikut adalah sedikit pesanan untuk direnungkan bersama dari OH! Media.
Screen Shot 2013-06-16 at 8.32.22 PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...