Thursday, January 12, 2012

beza saka dan sihir

8 BEZA ANTARA SAKA DAN SIHIR... Samada saka atau sihir...kedua-duanya dari sebab gangguan jin...maka banyak persamaan- nya kecuali pada beberapa perkara... Antaranya... Asal usul jin... 1.Jin saka biasanya datang dari keluarga atau keturunan sendiri...(...tapi ada juga punca lain). Sedangkan... jin sihir itu adalah dari kiriman orang lain... 2.Gangguan jin saka sudah bermula sejak sekian lama...malah ada yang sejak bayi atau juga sejak ia masih dalam kandungan lagi... Sedangkan...jin sihir itu adalah jin yang baru... atau tiba-tiba datang.... 3.Jin saka itu berpindah kepada orang yang paling rapat dan disayangi tuannya... Sedangkan...jin sihir itu ditujukan kepada orang di- benci oleh seseorang lain... Sasaran... 4.Jin saka biasanya memilih sendiri bakal tuan baru- nya... Sedangkan...jin sihir biasanya datang kepada orang yang diperintahkan kepadanya... 5.Jin saka lebih cenderung mengganggu semua orang dalam satu keluarga... Sedangkan...jin sihir lebih cenderung mengganggu seseorang yang telah ditetapkan... 6.Jin saka akan masuk ketubuh siapa sahaja yang dapat ditembusinya... Sedangkan...jin sihir lebih cenderung tetap kepada seorang. Bentuk Gangguan Atau Serangan... 7.Jin saka akan berpindah pada seseorang mungkin atas dasar ' kasih sayang yang mendalam ' atau perjanjian... Sedangkan...jin sihir akan datang pada seseorang dengan maksud mahu menyeksa atau membunuh... 8.Pada peringkat awal...gangguan jin saka akan lebih ter- tumpu kepada gangguan fikiran dan perasaan... Sedangkan...jin sihir akan menimbulkan gejala kerasukan dan kesakitan... 9.Gangguan jin saka kadang-kadang menjadikan sese- orang itu mempunyai kelebihan-kelebihan luar biasa seperti nampak jin...menilik...bersilat sendiri...mengurut dan mengu- bat...dan juga sebagainya... Sedangkan...gangguan jin sihir kerap menjadikan seseorang itu menanggung penyakit luarbiasa. 10.Gangguan jin saka kadang-kadang tak menimbulkan seba- rang gejala penyakit...tapi menimbulkan berbagai bentuk tek- anan pada fikiran dan perasaan...seperti mudah buntu dan bingung...selalu runsing...risau...takut...marah...malu dan sebag- ainya tanpa sebab yang munasabah...( termasuk berbagai pera- ngai atau akhlak buruk...) Sedangkan...gangguan jin sihir biasanya menimbulkan berbagai gejala penyakit fizikal... 11.Sering gangguan jin saka itu 'mencengkam' seseorang dalam keadaan yang tenang...dan orang lain tak menyedarinya... Sedangkan...jin sihir itu akan datang dalam suatu keadaan di- mana seseorang itu rasa diserang... 12.Kadang-kadang jin saka itu tak tahu...ia menyusahkan atau menganiaya tuannya... Sedangkan...jin sihir itu memang bermaksud menganiaya malah mungkin bertujuan membinasakan... 13.Jin saka itu biasanya tetap pada tuan dan keluarganya dengan maksud nak menjaga... Sedangkan...jin sihir itu tetap dengan maksud menganiaya seke- luarga terutama sekiranya kiriman sihir itu bertujuan membalas dendam atau nak menghalau sekeluarga daripada sesuatu tempat. 14.Seringkali gangguan saka itu bentuknya sangat halus...hinggakan seseorang itu tak percaya ia ada gangguan jin saka... Sedangkan...gangguan jin sihir biasanya akan memberi kesan yang sangat jelas adanya gangguan makhluk halus... 15.Sebahagian jin saka akan mepertahankan tuannya daripada ser- angan jin lain...termasuk oleh jin sihir... Sedangkan...jin sihir biasanya akan datang berkumpulan...iaitu se- bahagiannya tak ada kena mengena...tapi saja nak mengambil kes- empatan 'menumpang sekaki'... 16.Jin saka biasanya akan membisikkan seseorang nasihat-nasihat yang baik...(tapi ikhlas tak ikhlas tu lain cerita...tau sajala kalau dah jin...biasanya akan sampai masanya nasihat itu akan jadi hasutan...) Sedangkan...jin sihir biasanya akan membisikkan apa saja yang akan mematahkan semangat seseorang... 17.Jin saka akan mencari tubuh baru dari kalangan ahli keluarga se- bagai ganti jika tuannya meninggal dunia... Sedangkan...jin sihir akan pergi sebaik saja ia selesai melaksanakan tugasnya...( itu pun tak semua...) 18.Kebanyakan saka akan menimbulkan masalah...seperti menghal- ang tuannya kahwin...atau menghancurkan rumahtangganya...atau menghalang daripada mendapat anak...dan sebagainya... Sedangkan...jin sihir lebih menumpukan kepada penyakit...kecuali ia adalah jin sihir penangkal atau pemisah... Dan sebagainya... Wallahu a'lam. Nota. 1.Ada kisahnya jin sihir yang dikirim kepada seorang wanita tidak dapat masuk ke tubuhnya kerana dihalang oleh jin saka... Dan ada kisah lainnya...berduyun-duyun jin liar masuk ke tubuh seorang wanita kerana di 'jemput' oleh jin sakanya yang terdesak terkena serangan dari perawat... Kalau pun dijaga oleh jin saka daripada jin sihir dan sebagainya... namun pada jangka masa panjang...jin saka juga akan 'makan' anda... 2.Ada juga gangguan jin saka yang tak menimbulkan sebarang penyakit yang ketara...tapi ia menjadikan seseorang itu 'gila' dan ada juga yang jadi pembunuh dari sebab tipudaya jin sakanya sendiri... 3.Jin sihir di atas bermaksud jin sihir yang dikirim...sedangkan bagi jin sihir yang diperoleh daripada menuntut ilmu sihir... ia lebih banyak persamaannya dengan 'kerja' jin saka... 4.Kerap juga jin sihir yang dikirim akhirnya menjadi jin saka iaitu dengan terus menjadikan ahli keluarga mangsa sebagai 'rumah barunya' setelah sasarannya meninggal dunia... Wallahu a'lam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...