Sumber: Ondscene
KM 13.6, NKVE
Subang, Selangor
22 Nov 2012
11.45 pagi
Nama mangsa : Ishak Jaafar, 53 tahun, Kota Tinggi, Johor.
Seorang
maut manakala 6 lagi cedera parah dalam satu kemalangan membabitkan
konvoi motosikal berkuasa tinggi dengan sebuah Honda CRV di Subang pagi
tadi.
Kemalangan berhampiran susur ke Subang dari Shah Alam arah Damansara.
Ketika kejadian, kenderaan sedang bergerak perlahan.
Konvoi 12 buah motosikal berkuasa tinggi ini dari Kota Tinggi Johor, menuju ke utara tanahair.
Kejadian
berlaku di KM 13.6 apabila sebuah Honda CRV dipandu seorang wanita
berusia 39 tahun, dipercayai mengubah haluan secara tiba-tiba dari
laluan tengah ke laluan paling kanan lebuhraya.
Akibatnya, kenderaan ini menghimpit 2 dari motosikal terbabit sebelum terbabas melanggar besi penghadang lebuhraya.
4 lagi motosikal tidak sempat mengelak lalu merempuh sesama sendiri.
6 lagi motosikal yang berada di belakang, bagaimanapun terselamat.
7 penunggang cedera parah, dan seorang dari mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
Dikenali
sebagai Ishak Jaafar, yang baru sahaja menyambut hari ulangtahunnya ke
53 tahun, 19 November lalu, dari Kota Tinggi Johor.
Turut cedera, isteri mangsa yang cedera parah.
Salah
seorang yang cedera parah adalah Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam
Kota Tinggi, ASP Kamardin Yusof , 48 tahun, yang turut menyertai konvoi
ini dan sedang bercuti.
Mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Sg Buloh.
Kemalangan menyebabkan laluan dari Shah Alam sesak sepanjang lebih 5 kilometer.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
No comments:
Post a Comment