Monday, May 20, 2013

3 bekas pelajar MRSM maut, 1 cedera parah


HULU Selangor: Akibat kenderaan yang dinaiki hilang kawalan, tiga bekas pelajar MRSM Kuala Kubu Bharu maut manakala seorang lagi rakan mereka cedera parah selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 7.9 Jalan Hamzah, Kuala Kubu Bharu, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, semua mangsa dalam perjalanan untuk ke MRSM berkenaan bagi menyambut Hari Guru bersama beberapa pelajar lain yang sudah dirancang seorang daripada mangsa sejak seminggu lalu. 
Mereka turut membawa sebiji kek untuk majlis perjumpaan rakan sekelas itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, siasatan awal mendapati kereta Honda Civic berkenaan dipandu Muhammad Hilal Mohd Isa bersama tiga orang rakannya, Omar Hamzah Zulkifli, Mohamad Nazren Kamisan dan Muhammad Addin Firdaus Rashidi masing-masing berusia 19 tahun dalam perjalanan dari Rasa ke Kuala Kubu Bharu sebelum kenderaan berkenaan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan dan berlanggar dengan sebuah lori yang dipandu N Sivasalagaram yang turut mengalami kecederaan parah.
Foto
Anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu mengeluakan mangsa-mangsa kemalangan. FOTO ehsan Bomba Selangor

“Dalam kejadian ini Hilal dan penumpang hadapan Omar Hamzah meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua penumpang belakang pula mengalami cedera parah.

“Pemandu lori juga mendapati rawatan di hospital sama dan kira-kira empat jam kemudian, Addin meninggal dunia di hospital,” katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
credit: myMetro
Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/20

2 comments:

iskandarX said...

salamX, is blogwalking sambil shout, komen, signature dan kiss $$$ HISHOP jemput singgah blog is yer?

iskandarX said...

Assalammualaikum, is singgah blogwalking.

iskandarx.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...