Wednesday, March 18, 2020

MALAYSIA LOCKDOWN (1st Day- 18.03.2020) COVID 19

Menjelang 12 tengahari 117 kes baru dengan jumlah keseluruhan 790, 2 kematian. 80 daripadanya berkaitan dengan kluster perhimpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling.Ini bermakna Malaysia mencatat lebih 100 kes baru untuk hari keempat berturut-turut.

120 kes baru dilaporkan semalam 17 Mac, 125 kes pada 16 Mac dan 190 kes pada 15 Mac.  Sebelum ini jumlah kes harian tertinggi hanyalah 41 iaitu pada 14 mac.  Majoriti berkaitan dengan perhimpunan Tablighyang diadakan pada 27 Feb hingga 1 Mac lalu.  Ini menjadikan kes yang berkaitan dengan perhimpunan tabligh itu sekurang-kurangnya 513 kes.  

Hari ini 11 kes positif dan telah dibenarkan pulang menjadikan jumlah pesakit yang pulih ialah 60 orang.  Seramai 15 orang pesakit yang positif Covid-19 dirawat di ICU dan memerlukan bantuan pernafasan - sumber : Menteri Kesihatan Dr Adham Baba Kementerian Kesihatan Malaysia KMM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...