Thursday, July 25, 2013

Semoga kak Ju tabah...



 Kereta yang dinaiki Junainah dan dua anaknya terbalik selepas terbang merempuh sebuah rumah.

Kereta Terbang Rempuh Rumah (2 GAMBAR)| KEMAMAN – “Semasa kereta terbang, saya peluk dua anak erat-erat,” kata seorang guru, Junainah Yusof, 43, yang melalui detik mendebarkan apabila kereta yang dipandunya terbang dan merempuh sebuah rumah ketika pulang dari sekolah petang kelmarin.

Kejadian berlaku ketika mangsa sedang melalui selekoh di laluan berbukit dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang di Felda Neram 1 untuk pulang ke rumah mereka.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi mangsa tiga beranak kerana mereka tidak mengalami kecederaan parah meskipun kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki terbalik dan remuk teruk.


Meskipun keadaan kereta rosak teruk tapi Junainah dan dua anaknya tidak mengalami kecederaan parah.

Junainah berkata, ketika menaiki bukit dan mahu membelok di selekoh terdapat sebuah motosikal di hadapannya membuatkannya cuba mengelak daripada terlanggar motosikal terbabit hingga kenderaan itu hilang kawalan lalu meluncur laju dan terbang merempuh sebuah rumah berdekatan.

“Saya waktu itu hanya fikirkan anak-anak sebab itu saya peluk anak sambil berdoa agar kami selamat. Kami keluar dengan merangkak ikut cermin kerana kereta terbalik.

“Syukur kepada ALLAH SWT kerana kami semua masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan,” katanya kepada Sinar Harian.


Gara-gara kejadian itu, Junainah yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Felda Neram 1 ini mengalami lebam di beberapa bahagian serta mengalami sakit-sakit badan sementara dua anaknya, Mohd Faris Nabil Sadri, 9, dan Nur Alya Fakihah, 7, mengalami lebam di lengan.

Katanya, sehari sebelum kejadian berlaku, kereta yang dinaikinya itu baru sahaja selesai diservis (selenggara).

Melihat artikel di atas mengingatkan saya pada kak Junainah Jusoh.  Saya mengenali kak Junainah sebagai senior saya ketika belajar di sekolah menengah di Kemaman..Kami tinggal dalam satu dorm asrama.  Beliau yang bergelar ibu tunggal setelah pemergian suami tercinta dalam dua tahun sebelum ni (kalau x silap) dan saya kenal dia sebagai seorang yng tabah dan kuat semangat.  Semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini apatah lagi dalam bulan yang mulia ini dan sambutan aidifitri yang bakal menjelang..Saya doakan kak Ju tabah melaluinya...

Sunday, July 21, 2013

kisah sedih...janganlah berulang lagi...

berkongsi cerita pilu ini...dah beberapa hari berlaku..tapi hari terasa nak kongsi di blog...speechless....kadang perkara nak berlaku tk terdug ceritanya....semoga ahli keluarga terutama ibunya banyak bersabar, redha dan tabah menghadapi ujian ini....Al fatihah untuk arwah Nawal....janji syurga Allah untuknya di sana....
entri dari BH Online
Ibu terlupa anak tertidur di kerusi belakang

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang ditinggalkan ibunya lebih lima jam di dalam kereta, maut dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di USJ4, petang kelmarin.

Ibu kanak-kanak itu, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dikatakan terlupa anaknya itu di dalam kereta ketika tergesa-gesa menghadiri mesyuarat di sekolah berkenaan jam 11 pagi. 

Mangsa, Nawal Iris Samsudin, ditemui dalam keadaan kebiruan dalam kereta ibunya sekitar jam 5.30 petang dipercayai kepanasan dan lemas. 


Ibunya segera membawa anak bongsu daripada dua beradik itu ke klinik berhampiran tetapi disahkan meninggal dunia.

Sebelum ke sekolah, Nor Zatusy Hazwa dikatakan menghantar adiknya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang sebelum bergegas ke sekolahnya untuk menghadiri mesyuarat itu kerana terlewat setengah jam.

Tak sedar anak tidur 

Beliau tidak menyedari anaknya tidur di tempat duduk belakang keretanya.

Apabila kembali ke keretanya lima jam kemudian, Nor Zatusy Hazwa terkejut mendapati anaknya terbaring di tempat duduk belakang dalam keadaan kebiruan dan kaku. 
Seorang kakitangan sekolah berkata kereta ibu mangsa ditutup rapat selain diletakkan di kawasan parkir tidak berbumbung dan cuaca panas terik.

“Selepas mesyuarat ibu mangsa dikatakan menghadiri kelas untuk mengajar dan terlupa anak yang ditinggalkan dalam keretanya.

“Mayat mangsa ditemui basah kuyup dan kebiruan,” katanya ketika ditemui BH.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata mangsa dipercayai mati lemas akibat terperangkap dalam kenderaan jenis PERODUA Myvi ibunya.

“Siasatan mendapati, ibu mangsa, didapati tanpa sedar meninggalkan anaknya yang sedang tidur di dalam kereta.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

“Kes ini pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati terdapat unsur kecuaian dan dikelasifikasikan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Sementara itu, jenazah kanak-kanak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 selepas solat Jumaat dengan dihadiri dihadiri kita-kira 30 ahli keluarga dan sahabat ibu bapanya.

Bapa saudara mangsa yang enggan dikenali berkata keluarga mereka reda dengan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.


di saat banyak media sosial memaparkan gambar arwah yang terlantar di katil dengn bibir kebiruan, saya mengambil pendekatan tidak akan menggunaka cara sebegitu kerana saya cukup berimpati serta menghormati keluarga arwah.....berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...saya hanya berkongsi foto Nawal yang comel dan polos serta manja ini sahaja mungkin antara detik yang terindah dalam hidupnya...


Budak maut ditinggal 5 jam dalam kereta

NOR Zatusy Hazwa Abdul Rahim dan suami sebak ketika menunggu mayat anaknya, Nawal Iris Samsudin (gambar kecil) di Hospital Serdang, semalam. - Foto Nik Hariff Hassan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...