Sunday, July 21, 2013

kisah sedih...janganlah berulang lagi...

berkongsi cerita pilu ini...dah beberapa hari berlaku..tapi hari terasa nak kongsi di blog...speechless....kadang perkara nak berlaku tk terdug ceritanya....semoga ahli keluarga terutama ibunya banyak bersabar, redha dan tabah menghadapi ujian ini....Al fatihah untuk arwah Nawal....janji syurga Allah untuknya di sana....
entri dari BH Online
Ibu terlupa anak tertidur di kerusi belakang

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang ditinggalkan ibunya lebih lima jam di dalam kereta, maut dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di USJ4, petang kelmarin.

Ibu kanak-kanak itu, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dikatakan terlupa anaknya itu di dalam kereta ketika tergesa-gesa menghadiri mesyuarat di sekolah berkenaan jam 11 pagi. 

Mangsa, Nawal Iris Samsudin, ditemui dalam keadaan kebiruan dalam kereta ibunya sekitar jam 5.30 petang dipercayai kepanasan dan lemas. 


Ibunya segera membawa anak bongsu daripada dua beradik itu ke klinik berhampiran tetapi disahkan meninggal dunia.

Sebelum ke sekolah, Nor Zatusy Hazwa dikatakan menghantar adiknya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang sebelum bergegas ke sekolahnya untuk menghadiri mesyuarat itu kerana terlewat setengah jam.

Tak sedar anak tidur 

Beliau tidak menyedari anaknya tidur di tempat duduk belakang keretanya.

Apabila kembali ke keretanya lima jam kemudian, Nor Zatusy Hazwa terkejut mendapati anaknya terbaring di tempat duduk belakang dalam keadaan kebiruan dan kaku. 
Seorang kakitangan sekolah berkata kereta ibu mangsa ditutup rapat selain diletakkan di kawasan parkir tidak berbumbung dan cuaca panas terik.

“Selepas mesyuarat ibu mangsa dikatakan menghadiri kelas untuk mengajar dan terlupa anak yang ditinggalkan dalam keretanya.

“Mayat mangsa ditemui basah kuyup dan kebiruan,” katanya ketika ditemui BH.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata mangsa dipercayai mati lemas akibat terperangkap dalam kenderaan jenis PERODUA Myvi ibunya.

“Siasatan mendapati, ibu mangsa, didapati tanpa sedar meninggalkan anaknya yang sedang tidur di dalam kereta.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

“Kes ini pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati terdapat unsur kecuaian dan dikelasifikasikan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Sementara itu, jenazah kanak-kanak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 selepas solat Jumaat dengan dihadiri dihadiri kita-kira 30 ahli keluarga dan sahabat ibu bapanya.

Bapa saudara mangsa yang enggan dikenali berkata keluarga mereka reda dengan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.


di saat banyak media sosial memaparkan gambar arwah yang terlantar di katil dengn bibir kebiruan, saya mengambil pendekatan tidak akan menggunaka cara sebegitu kerana saya cukup berimpati serta menghormati keluarga arwah.....berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...saya hanya berkongsi foto Nawal yang comel dan polos serta manja ini sahaja mungkin antara detik yang terindah dalam hidupnya...


Budak maut ditinggal 5 jam dalam kereta

NOR Zatusy Hazwa Abdul Rahim dan suami sebak ketika menunggu mayat anaknya, Nawal Iris Samsudin (gambar kecil) di Hospital Serdang, semalam. - Foto Nik Hariff Hassan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...