Thursday, October 11, 2012

Dua shabat maut kereta bertembung lori di Rompin

KUANTAN: Dua lelaki yang bersahabat baik maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Km 150.8 Jalan Kuantan-Seremban, dekat Rompin.
Anizul Hassan, 35 yang memandu kereta itu dan rakannya Mohd Norhisham Mohd Hanapeah, 28, kedua-duanya dari Felda Retam, Triang, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan dan kepala.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian 2.43 pagi semalam itu mangsa dalam perjalanan menghala ke Seremban.
"Tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dinaiki mereka telah terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori yang datang dari arah Seremban.

"Akibat pertembungan itu, kereta berkenaan terbakar, pemandu kereta terbabit turut terbakar, manakala rakannya tercampak ke atas jalan," katanya di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/11
Sumber: MyMetro

Wednesday, October 10, 2012

susulan gambar dan lagi kisah kemalangan ngeri di Meraga Beris

KEBUMI...jenazah Noran dan tiga anaknya dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jabor Kubur, semalam.
KEBUMI...jenazah Noran dan tiga anaknya dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan.
  • Foto ROSAK...bas ekspres yang terbabit kemalangan semalam.




    Kejutan, dugaan terbesar
    CHUKAI: “Ibu memang tak pernah beritahu apabila nak datang rumah saya sebab dia suka buat kejutan. Sungguh saya tak sangka kejutannya kali ini berakhir tragedi.”
    Demikian kata Nursyamira Abdullah, 21, yang kehilangan ibu dan tiga adik tiri akibat kemalangan yang keseluruhannya meragut enam nyawa di Kilometer 129.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kampung Meraga Beris, Kijal, dekat sini, awal pagi semalam.
    Kemalangan jam 4.30 pagi itu berlaku ketika ibu Nursyamira bersama lima adik tirinya serta dua kenalan dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Gong Pauh, di sini, ke rumah Nursyamira di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.
    Bagaimanapun, Perodua Viva yang dinaiki lapan penumpang itu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah bas ekspres membawa 23 penumpang dari Kota Bharu dalam perjalanan ke Kuantan.


    Enam yang terbunuh ialah ibu Nursyamira, Noran Ali, 39, tiga adik tirinya, Nurkhairatul Najiha Narizan, 4, Nur Syardieena Afzan, 9, dan Nursyazleen, 12, rakan Noran, Wan Alpisar Wan Abd Kadir, 43, serta Khairudi Omar, 31, yang memandu kereta.




    Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/11

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...