KUANTAN: Dua lelaki yang bersahabat baik maut selepas
kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Km 150.8 Jalan
Kuantan-Seremban, dekat Rompin.
Anizul Hassan, 35 yang memandu kereta itu dan rakannya Mohd Norhisham Mohd Hanapeah, 28, kedua-duanya dari Felda Retam, Triang, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan dan kepala.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian 2.43 pagi semalam itu mangsa dalam perjalanan menghala ke Seremban.
"Tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dinaiki mereka telah terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori yang datang dari arah Seremban.
"Akibat pertembungan itu, kereta berkenaan terbakar, pemandu kereta terbabit turut terbakar, manakala rakannya tercampak ke atas jalan," katanya di sini, hari ini.
Sumber: MyMetro

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/11
No comments:
Post a Comment