Thursday, November 22, 2012

9 mimpi Rasulullah malam sebelum diIsra'kan

“Sesungguhnya aku telah mengalami  mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan…. ….” 

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN  KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. 
2 . Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat  WUDUKNYA YANG SEMPURNA. 
 3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhn atullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskann ya dari seksaan itu. 
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,k etika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas. 
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan , setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk 
disebelahku . 
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkan nya dari kegelapan kepada tempat yang terang – benderang. 
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHI MNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaran ya,lalu berbicara mereka dengannya. 
9. Aku melihat umatku sedang menepis- nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA 
YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. 
BERSABDA RASULULLAH SAW: “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”

1 maut, 6 parah...kemalangan Konvoi Superbike Kota Tinggi di NKVE

Sumber: Ondscene


 
KM 13.6, NKVE
Subang, Selangor
22 Nov 2012
11.45 pagi
 

Nama mangsa : Ishak Jaafar, 53 tahun, Kota Tinggi, Johor.

Seorang maut manakala 6 lagi cedera parah dalam satu kemalangan membabitkan konvoi motosikal berkuasa tinggi dengan sebuah Honda CRV di Subang pagi tadi.


Kemalangan berhampiran susur ke Subang dari Shah Alam arah Damansara.


Ketika kejadian, kenderaan sedang bergerak perlahan.



Konvoi 12 buah motosikal berkuasa tinggi ini dari Kota Tinggi Johor, menuju ke utara tanahair.


Kejadian berlaku di KM 13.6 apabila sebuah Honda CRV dipandu seorang wanita berusia 39 tahun, dipercayai mengubah haluan secara tiba-tiba dari laluan tengah ke laluan paling kanan lebuhraya.


Akibatnya, kenderaan ini menghimpit 2 dari motosikal terbabit sebelum terbabas melanggar besi penghadang lebuhraya.


4 lagi motosikal tidak sempat mengelak lalu merempuh sesama sendiri.


6 lagi motosikal yang berada di belakang, bagaimanapun terselamat.



7 penunggang cedera parah, dan seorang dari mereka meninggal dunia di tempat kejadian.



Dikenali sebagai Ishak Jaafar, yang baru sahaja menyambut hari ulangtahunnya ke 53 tahun, 19 November lalu, dari Kota Tinggi Johor.


Turut cedera, isteri mangsa yang cedera parah.



Salah seorang yang cedera parah adalah Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Kota Tinggi, ASP Kamardin Yusof , 48 tahun, yang turut menyertai konvoi ini dan sedang bercuti.



Mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Sg Buloh.




Kemalangan menyebabkan laluan dari Shah Alam sesak sepanjang lebih 5 kilometer.



Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...