Tuesday, June 18, 2013

barang arwah aiman (pelajar tahfiz) yang mati tidak terbakar


MAZLAN menunjukkan barangan berupa pakaian dan buku milik Aiman Nur Hakim yang tidak terbakar.
SUNGAI PETANI – Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab) di Tikam Batu dekat sini menjadi tumpuan orang ramai semalam, apabila mereka mahu melihat sendiri pelbagai barang milik seorang pelajar yang dikatakan tidak dijilat api dalam kebakaran pada Sabtu lalu.
Barangan milik arwah Aiman Nur Hakim Yahya, 13, ditemui dalam keadaan sempurna di dalam almari kayu miliknya walaupun 19 almari dipenuhi barang milik pelajar lain hangus dalam kebakaran itu.
Antara barang milik arwah yang tidak hangus ialah dua naskhah al-Quran, senaskhah tafsir al-Quran, buku surah amalan, buku Biografi Agung Rasulullah, kain serban, pakaian dan wang RM13 yang disimpan di dalam bekas kismis.
Menurut Pengerusi Mantab, Mazlan Osman, pihak pengurusan Mantab terkejut apabila melihat kesemua barang milik Aiman Nur Hakim tidak terjejas langsung sedangkan barang milik pelajar lain rosak teruk.
“Almari yang menyimpan barang Aiman hanya almari kayu dan barangannya selamat tetapi barang pelajar lain yang disimpan di dalam almari besi rosak terbakar,” katanya ketika ditemui di Mantab di sini semalam.
Kosmo

bas express rempuh treler

Ipoh: “Kecuaian pemandu bas menyebabkan isteri saya cedera dan terpaksa menjalani pembedahan akibat pendarahan dalam perut,” kata mangsa kemalangan bas ekspres, Chan Chin Seong, 29, selepas dia dan isterinya, See Yee, 25, tercampak ketika bas dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 301.2, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Tapah awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa dan isteri bersama dua anak lelaki berusia empat dan enam tahun cedera selepas bas berkenaan merempuh belakang treler menyebabkan 13 daripada 28 penumpang dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan.
Chin Seong yang ditemui di wad kecemasan HRPB pagi semalam berkata, isterinya itu kini separuh sedar dan sudah menjalani imbasan sinar X.

Dia yang bekerja sebagai pengurus operasi kedai fabrik dan langsir berkata, doktor memberitahu perut isterinya mengalami pendarahan dalaman dan perlu menjalani pembedahan.
Foto
KEADAAN bas ekspres dinaiki sekumpulan pekerja syarikat fabrik yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 301.2 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Tapah, awal pagi semalam.

“Kemalangan berlaku sekelip mata dan kami sememangnya mula berasa tidak sedap hati kira-kira 20 minit sebelum nahas berlaku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...