Tuesday, June 18, 2013

barang arwah aiman (pelajar tahfiz) yang mati tidak terbakar


MAZLAN menunjukkan barangan berupa pakaian dan buku milik Aiman Nur Hakim yang tidak terbakar.
SUNGAI PETANI – Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab) di Tikam Batu dekat sini menjadi tumpuan orang ramai semalam, apabila mereka mahu melihat sendiri pelbagai barang milik seorang pelajar yang dikatakan tidak dijilat api dalam kebakaran pada Sabtu lalu.
Barangan milik arwah Aiman Nur Hakim Yahya, 13, ditemui dalam keadaan sempurna di dalam almari kayu miliknya walaupun 19 almari dipenuhi barang milik pelajar lain hangus dalam kebakaran itu.
Antara barang milik arwah yang tidak hangus ialah dua naskhah al-Quran, senaskhah tafsir al-Quran, buku surah amalan, buku Biografi Agung Rasulullah, kain serban, pakaian dan wang RM13 yang disimpan di dalam bekas kismis.
Menurut Pengerusi Mantab, Mazlan Osman, pihak pengurusan Mantab terkejut apabila melihat kesemua barang milik Aiman Nur Hakim tidak terjejas langsung sedangkan barang milik pelajar lain rosak teruk.
“Almari yang menyimpan barang Aiman hanya almari kayu dan barangannya selamat tetapi barang pelajar lain yang disimpan di dalam almari besi rosak terbakar,” katanya ketika ditemui di Mantab di sini semalam.
Kosmo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...