Tuesday, December 11, 2012

mmm...uniknya 12.12.12...

salam...
teruja betul saya malam ni untuk berkongsi tarikh ini diruangan blog saya...mmm...12.12.12.mungkin di pandangan individu lain ianya hanyalah satu kombinasi nombor yang menarik dan unik.  Ada yang merancang hari bahagia pada tarikh ini.  Semuga semuanya berjalan dengan baik.  Yang pasti angka ini tidak akan berulang lagi...

Bagi saya tarikh ini merupakan kombinasi yang cukup bermakna untuk diri saya kerana inilah tarikh hari lahir saya...Hari ini 12.12.12 genaplah usia saya 41 tahun.  Mohon kepadaNya semoga hidup saya dan keluarga tersayang sentiasa dirahmati Allah, sihat tubuh badan, disenangi oleh orang2 di sekeliling saya dan mendapat kejayaan dan kebahagian hidup di dunia dan akhirat...Doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga.
Amin...




Wednesday, December 5, 2012

Blog cikgu ke Kejoraku bersatu?

Assalamualaikum...

Err...blog cikgu ke Kejoraku Bersatu??....tetiba je soalan itu terpacul dari seorang perempuan ketika membeli barang dapur di kedai runcit AT5...saya anggukkan kepala dan tersenyum sendirian..alahai ada juga orang yang sudi baca blog saya...walaupun blog saya tak ada apapun yang menarik..

Betullah kata2 blogger terkenal Ben Ashaari..kita mesti ikhlas dalam berblog..jangan kisah orang baca ataupun tidak entri kita..pasti satu saat ada insan yang sudi membaca  blog saya tanpa saya sedari.  Saya tidak pandai berbahasa indah dan tidak ada cerita sensasi untuk dihidangkan kepada audiens  kerana ini lah diri saya yang sebenarnya...Masih belajar berblog...Apapun insiden di kedai  tadi amat manis untuk saya kenang sebagai seorang blogger picisan dan terima seadanya...

Begitu juga dengan seorang tetamu homestay saya yang menegur adakah saya perempuan di dalam blog Kejoraku Bersatu...mmm....manisnya bila kita jujur dan ikhlas dalam membuat sesuatu yang kita suka..

Wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...