Sunday, June 9, 2013

6 jenis makanan cerahkan kulit


credit :Nadia Mohamad
Selain rawatan di spa, ada cara lain yang boleh dilakukan untuk mencerahkan kulit. Caranya melalui pemakanan. Namun apakah makanan yang perlu diambil untuk mendapatkan kulit cerah berseri seperti yang diidamkan?

Tomato
Hasil kajian menunjukkan bahawa responden yang mengambil puri tomato sebanyak lima sudu dalam tempoh tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinaran matahari.  Selain kaya likopen, buah tomato juga merupakan makanan yang boleh menjadikan kulit memiliki lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit menjadi kendur.

Strawberi
Segelas air strawberi mengandungi 130 peratus vitamin C, iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen.  Kolagen berfungsi untuk membantu kulit stabil dan lembut.  Semakin banyak vitamin C yang diambil, semakin sedikit garis-garis halus muncul di kulit.

Salad
Setiap enam helai daun salad mengandungi 100 peratus vitamin A.  Vitamin ini berfungsi untuk meremajakan kulit dengan cara meningkatkan penggantian sel.  Di samping itu, salad juga mengandungi kalium yang dapat menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

Telur
Telur mengandungi lutein dan zeaxanthin, yang berfungsi untuk mencegah kerosakan kulit akibat sinar ultra lembayung.  Di samping itu, telur juga dapat membuat kulit lebih lembut, tegang dan lembap.

Epal
Kulit buah epal banyak mengandungi quercetin, iaitu antioksida yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran sinar ultraviolet (penyebab berlakunya kanser kulit).

Soya
Soya adalah makanan yang kaya dengan isoflavon.  Sebuah penyelidikan mendapati bahawa kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila wanita berusia 30 hingga 40 tahun.  Oleh itu, banyakkan mengambil soya setiap hari.

Dapatkan informasi lain yang lebih menarik berkenaan penyakit anemia menerusi ruangan Tip Sihat dalam majalah Mingguan Wanita keluaran 1543 yang ada di pasaran. Mencegah lebih mendatangkan kebaikan daripada merawat!

Monday, May 20, 2013

3 bekas pelajar MRSM maut, 1 cedera parah


HULU Selangor: Akibat kenderaan yang dinaiki hilang kawalan, tiga bekas pelajar MRSM Kuala Kubu Bharu maut manakala seorang lagi rakan mereka cedera parah selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 7.9 Jalan Hamzah, Kuala Kubu Bharu, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, semua mangsa dalam perjalanan untuk ke MRSM berkenaan bagi menyambut Hari Guru bersama beberapa pelajar lain yang sudah dirancang seorang daripada mangsa sejak seminggu lalu. 
Mereka turut membawa sebiji kek untuk majlis perjumpaan rakan sekelas itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, siasatan awal mendapati kereta Honda Civic berkenaan dipandu Muhammad Hilal Mohd Isa bersama tiga orang rakannya, Omar Hamzah Zulkifli, Mohamad Nazren Kamisan dan Muhammad Addin Firdaus Rashidi masing-masing berusia 19 tahun dalam perjalanan dari Rasa ke Kuala Kubu Bharu sebelum kenderaan berkenaan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan dan berlanggar dengan sebuah lori yang dipandu N Sivasalagaram yang turut mengalami kecederaan parah.
Foto
Anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu mengeluakan mangsa-mangsa kemalangan. FOTO ehsan Bomba Selangor

“Dalam kejadian ini Hilal dan penumpang hadapan Omar Hamzah meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua penumpang belakang pula mengalami cedera parah.

“Pemandu lori juga mendapati rawatan di hospital sama dan kira-kira empat jam kemudian, Addin meninggal dunia di hospital,” katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
credit: myMetro
Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/20

Tuesday, May 7, 2013

Most magnificient mosques in the world...



Mosques are places where the followers of Islam worship. There are many of them around the world, ranging from very large Mosques that can seat 50,000 people to ones so small that they can only hold 10 people at a time. They are known for having amazing domes with crescents on top; tall and slender minarets that are usually situated at the corner of the building structure; amazing Art of Arabic Calligraphy and Quran verses in the Prayer Halls. Here is my list of the “Top 10 Most Magnificent Mosques in the World”. You may have been fortunate enough to have already visited some of them. I hope you enjoy and agree with some of my picks :)
No 10. Mosque of Dearborn, Michigan, USA
No 9. Shah Faisal Mosque, Islamabad, Pakistan
No 8. Muhammad Ali Mosque, Cairo, Egypt
No 7. Shah Mosque, Isfahan, Iran

No 5. Putra Mosque, Putrajaya, Malaysia
putrajaya-mosque
No 4. Sultan Ahmed Mosque a.k.a Blue Mosque, Istanbul, Turkey
blue-mosque-lights2008
No 3. Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque, Bandar Seri Begawan, Brunei
omar-saifudin
omar-saifudin-gromol1
No 2. Al-Nabawi (Prophet) Mosque, Medina
masjid-nabawi
prophet-dome-madinah3-chinx786
No 1. Haram Sharif Grand Mosque, Mecca
makkah
makkah-chinx786
makkah2-chinx786

Top ten historic hostels in Europe


Top Ten Historic Hostels in Europe | Are you tired of the same standard of hostel accommodation? Looking for a bit of history from your hostel? From palaces to converted castles, we explore some ofEurope’s most historic lodgings for some unique and unusual ideas on where to stay.
1. Clink Hostel, England

(Image source: panoramio.com)
Fancy spending a night in the clink? This Kings Cross converted courthouse is 200 years old and offers old police cells as sleeping areas for guests. A unique and lively hostel aimed at the under-35s, Clink is a great base for exploring all the history that London has to offer. Why not check out the capital’s other historic prisons, including The Tower of London and London Dungeon or take in a London show in the West End?
2. Maverick Hostel, Budapest

(Image source: tripadvisor.com)
In the heart of Hungary’s historic capital, this renovated royal mansion is the epitome of elegance. With spiral staircases and vaulted ceilings, this regal residence was built by the Habsburg dynasty and you can get a taste of the opulent aristocratic lifestyle for the price of a standard hostel. Forget bunk beds, these deluxe dorms are resplendent, with stylish touches including mosaic windows, plush pouffes and cosy couches.
3. Castle of Laufen, Daschen

(Image source: panoramio.com)
Perched on a rocky outcrop just below the raging Rhine Falls, this thousand-year-old Swiss castle opened as a youth hostel in 1946. Bedrooms are located in a restored building close to the main house, and there are lots of attractions close at hand, including the Fortress of Munot and the Allerheiligen Museum. TheRheinfall Railway also passes through a tunnel underneath the castle, which means that local rail travel is just a stone’s throw away.
4. Castle Rock, Edinburgh, Scotland

(Image source: outnaboutbritain.wordpress.com)
One minute from the vibrant Royal Mile amid the cobbled streets of the Gothic Old Town, this magnificent hostel offers panoramic views of the castle and the capital. Built in 1846, this historic hostelry offers stately public lounges, complete with roaring fireplaces and grand pianos. Despite the grandeur, Castle Rock retains a lively backpacker vibe, making it the perfect base for exploring this extraordinary city.
5. Agora Hostel, Catania

(Image source: cheap-hostels-in.com)
Catania is a Sicilian city steeped in history, and Agora is situated at its very centre, next to the famous fish market, just steps from Il Duomo Cathedral and the ruins of the Roman Baths. Built from the region’s black volcanic rock, the l’Amenano river flows beneath the hostel in a lavic cave created by eruptions from Mount Etna, which has been cunningly converted into a cavernous wine bar. In the summer months you can sit on the piazza and sip local wine while admiring the incredible Baroque architecture.
6. Antwerp Abhostel

(Image source: hostelflorence.it)
With its Renaissance-style guildhalls, Gothic cathedral and palatial town hall, Antwerp is a must-see city for history lovers. Outside of the centre within the Moroccan district, this small and independent hostel is converted from a 120-year-old chocolate factory. With a warm, welcoming atmosphere and unique touches that include a chalkboard wall for guests to leave parting messages, and a beer vending machine, this hostel is a true favourite among backpackers.
7. Rua Reidh Lighthouse, Scotland

(Image source: dipity.com)
If you’re looking to get away from it all, you can’t get further than the North West Scottish Highlands. Situated on a remote peninsula 12 miles from the quaint village of Gairloch, this converted lightkeeper’s house was built in 1910 by a relative of Robert Louis Stevenson. Offering breathtaking views of the wild seascapes out over the Minch to Skye, this 4-star hostel is a great base for exploring the surrounding wilderness, and guided walking tours are available to book.
8. Traveller’s Cave Pension, Cappadocia

(Image source: hotels-world.com)
In the beautiful village of Goreme, this rock-cave hostel is surrounded by stunning scenery, since it overlooks the strange stone formations known as the ‘fairy chimneys’. Formed 10 million years ago by volcanic activity and erosion, this red-and-gold setting has many hidden cave-churches to explore, withHittite and Bronze Age artefacts on display at the local Open Air Museum. The Traveller’s Cave is a stone-built pension whose arched rooms offer traditional decor and magnificent views of the natural surroundings, plus local cuisine is available at the terrace restaurant.
9. Kirkby Stephen Hostel

(Image source: geolocation.ws)
Situated in a market town close to Kendal, with easy access to the Lake District and Yorkshire Dales National Park, this hostel is a Methodist church converted by the YHA. The old chapel retains plenty of original features, including arches, alcoves, oak panelling and stained-glass windows. The town itself is rich in history, with cobbled streets, winding passageways and quaint, quirky shops. Close by is Croglam Castle, a pre-historic earthworks, and Pendragon Castle, famed for its Arthurian connections.
10. Doorus House Hostel, Kinvara

(Image source: beds4bikers.com)
Located on a peninsula between the bays of Galway and Kinvara, this historic house was built by the Count DeBasterot in 1866 and marks the site where WB Yeats, Lady Gregory and Edward Martyn met to start theIrish National Theatre. This highly-rated hostel is beset on all sides by stunning sights, including the Burren Mountains, Ailwee Caves, the Cliffs of Moher towering 215m above the sea, and Dunguaire Castle, the most photographed castle in Ireland.
These unique historical ideas were brought to you by Show and Stay the UK’s hotel and London shows specialists.

8 kes pembunuhan misteri di Malaysia


Fakta! Lapan Kes Pembunuhan Misteri Di Malaysia | Boleh dikatakan selalu sahaja kes pembunuhan berlaku di negara kita. Soal selamat atau tidak, ia bergantung bagaimana pihak berkuasa menanganimasalah ini. Kes pembunuhan melibatkan nyawa tidak kiralah sama ada ia berlaku ke atas lelaki mahupun wanita. Di bawah ini terdapat lapan kes pembunuhan yang dianggap misteri berlaku di Malaysia. Rata-rata daripadanya meninggalkan banyak persoalan terutama siapakah pembunuh sebenar, mengapakah ia membunuh dan lain-lain lagi.

pisau berdarah
 1.  Mona Fendy – 23 Julai 1993
Penjenayah yang terkenal dengan senyuman yang ‘mengerikan’ ini telah membunuh dengan kejam ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris dengan mengerat Datuk Mazlan sebanyak 18 kerat. Mona bersama suaminya Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantunya Juraimi Hassan telah disabitkan bersalah atas pembunuhan yang dilakukan.
2. Dr. Joe Fernandez – 4 November 2000
Pada 4 November 2000, kira-kira pukul 1.30 petang, Dr. Joe yang dalam perjalanan pulang ke rumah dan terperangkap dalam kesesakan jalan raya di persimpangan Jalan Maju dan Jalan Harapan dekat Bukit Mertajam . Kejadian berlaku di di Jalan Maju, Bukit Mertajam ketika dalam perjalanan makan di rumahnya di Taman Bukit , Bukit Mertajam , hanya 500 meter dari klinik beliau.
Dua lelaki bermotosikal telah melepaskan tembakan ke atas kenderaan jenis Nissan Terrano yang dipandu oleh Joe Fernandez dan melarikan diri ke arah Sungai Rambai, Lunas , Kedah.Suspek itu dipercayai pembunuh upahan.Dr. Doshinda Singh memberi rawatan kecemasan dan kemudian membawa mendiang ke Hospital Pakar Bukit Mertajam. Pakar patologi, Datuk Dr. Bupinder Singh mengesahkan mendiang meninggal dunia akibat tembakan tepat di kepala dengan pistol jenis 38.
3. Pembunuhan Noritta Samsuddin – 25 Disember 2003
Kes pembunuhan Eksekutif Akaun sebuah syarikat dan model sambilan sehingga ke hari ini masih lagi diselubungi misteri. Pembunuh sebenar Noritta Samsuddin masih belum terjawab. Meskipun Jurutera awan di sebuah badan kerajaan, Hanif Basree Abdul Rahman, 36, yang dituduh membunuh Noritta, 22, di Unit D-7-1, Kondominium Puncak Prima Galleria di Jalan 17, Sri Hartamas, antara 1.30 pagi dan 4 pagi pada 25 Disember 2003. ditahan dan dibicara, ternyata bukan Hanif yang membunuhnya. Hanif diistisyharkan mahkamah sebagai tidak bersalah dan terlepas hukuman gantung sampai mati akibat kekurangan bukti.
4. Pembunuhan mendiang Canny Ong – 18 Jun 2003
Penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003.
5. Altantuyaa Shaariibuu – 27 November 2006
Wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibu, 28, dibunuh menggunakan bahan letupan C4 di Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
6. Nurin Jazlin Jazimin -30 Ogos 2007
Nurin Jazlin Jazimin, 8, dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Mayatnya ditemui 27 hari kemudian dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di depan sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya. Hasil bedah siasat mendapati dia mati akibat didera secara seksual yang   melampau.
7. Jutawan Kosmetik Sosilawati Lawiya – 30 Ogos 2010
Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang selama 13 hari ditemui dekat pantai Morib, Selangor . Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.
8. Nurul Nadirah (Dirang) – 1 March 2012
Dibunuh dan dibakar sehingga rentung dalam Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai. Sebelum itu Dirang dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.

Thursday, May 2, 2013

persiapan tugasan ptg ni..

ptg ni pukul 3.00, bersama rakan2 guru yang telah ditugaskan sebagai kerani tempat pengundian akan ke lokasi untuk kerja-kerja penyusunan tempat.  semoga semuanya berjalan denngann baik dan lancar.  Tanggungjawab dan amanah perlu dilaksanakan...bertugas di saluran 1 warga tua...mmmm..

5.5.2013....tanggung jawab!


PRU 13....x berani nak komen lebih2....nak promote jauh sekali....inilah calon 3 dimensi di kawasan saya....pic pun blur2 gitu...diambil ketika anak keluar untuk beli jajan...yang penting  5.5.2013 jalankan tanggung jawab sebagai rakyat Malaysia...pilihan di hati tetap ada....

belajar menghargai sesuatu baru kita dihargai....

semalam baru lepas diobserve oleh Encik Rahman....keputusan memberangsangkan.  Terimakasih atas penghargaan yang diberi.  Memberi semangat untuk melakukan yang terbaik dalam PdP akan datang dalam masa yang sama menimbulkan rasa minat dan teruja murid untuk mengetahui sesuatu perkara...otai...mmg terbaik...saya respect anda...

Wednesday, May 1, 2013

mood berblog datang...

hmmmm....dah lama tak menjenguk blog.  hari ni pi jalan2 dengan famili ke JB sempena cuti labour day..tetiba terdengar lagu Pergi nyanyian Aizat...terus rindu pada blog saya..
So.. malam ni melakar katalah walaupun secebis dan masukkan semula lagu 'Pergi' yang meruntun kalbu...ha2..

Wednesday, April 3, 2013

Gangguan syaitan ketika sakaratul maut



gangguan syaitan ketika sakaratul maut

Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.
Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut.”
Rombongan 1
Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat.
Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati.
Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).
Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan,
berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”
Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali.
Lalu datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”
Berkata ulamak Syaitan: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami.”
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:
“Bagaimanakah Zat Allah?” Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .
Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. “
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Syaitan: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya.
Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”

Thursday, March 7, 2013

10 amalan terbalik tanpa disedari...



Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi ialah:
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil.

Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.

Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau 

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. 
Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. 
Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau 

menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. 
Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.






 








Tuesday, March 5, 2013

petua masuk rumah baru..


Petua Masuk Rumah Baru

Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.

Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
Petua Masuk Rumah Baru

Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah 

memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.

Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

Saturday, February 2, 2013

Awas!!!

SILA AMBIL PERHATIAN! 
Jika anda dapati ada bunyi semburan minyak wangi atau penulen udara di dalam teksi, SILA ARAHKAN TAXI TERSEBUT UNTUK SEGERA BERHENTI!! Ianya telah berlaku kepada seorang wanita kira-kira pukul 0:45. dia mendapat ke dalam teksi yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa melayu. Ketika dia berada di teksi untuk beberapa minit, dia tiba-tiba terdengar bunyi semburan dan terdapat bau seperti penulen udara. dia berasa pelik mengapa pemandu tersebut meletakkan dua jenis pembersih udara dalam teksi beliau. “Bau tersebut segera mengingatkan saya tentang emel yang pernah saya baca. Saya mula menjadi sedar di sekeliling saya. Tetapi sedutan penulen disimpan dan muncul setiap beberapa minit. Saya mula berasa sangat bimbang dan takut.

Secara beransur-ansur, saya merasakan bahawa badan saya mula berasa lemah dan lemah. Penulen disimpan di pertengahan dari tempat duduk belakang, betul-betul di belakang saya. saya benar-benar merasakan seluruh badan saya semakin lemah, saya cuba mengarahkan pemandu tersebut untuk membiarkan saya turun di tepi jalan. Tetapi dia terus cuba untuk bercakap dengan saya dan bertanya kepada saya mengapa tidak menurunkan saya di destinasi saya sahaja. Saya berfikir yang dia sedang cuba untuk memanjangkan masa.

Saya mulai berasa seram, saya merasakan kedua-dua tangan dan kaki saya seperti lumpuh dan tidak bertenaga, dan hampir tidak boleh bergerak. Apabila saya bercakap kepada pemandu tersebut, saya tidak mampu bercakap dengan betul, saya cuba menjerit untuk mendapatkan bantuan,tetapi tubuh badan saya benar-benar terlalu lemah .Sesampainya di lampu isyarat, saya membuka pintu, melompat keluar dan berlari meninggalkan teksi tersebut untuk mendapatkan bantuan.

Saya benar-benar berterima kasih kepada Tuhan kerana menyelamatkan saya. Jika tidak, saya benar-benar tidak boleh bayangkan apa yang akan berlaku kepada saya. Saya menjadi trauma dengan kejadian ini.

Ini adalah kes yang BENAR. Sila beringat!

Saya berasa pengalaman ini perlu untuk dikongsikan dengan anda semua, tidak kira anda lelaki atau wanita 'ini bukan tipu ,dan bukanlah cerita yang direka-reka .Ia benar-benar berlaku.

biarkanlah rakan-rakan anda, ahli keluarga dan saudara mara anda mengetahu tentang kes ini. Saya percaya anda juga sama seperti saya, tidak mahu sesiapa dijadikan mangsa dengan kes ini .. 'Sila berhati-hati apabila merancang untuk menaiki teksi, terutama wanita.'

Saya menerima e-mel beberapa bulan lalu tentang ‘seorang wanita masuk ke teksi dan berasa tidak selesa dan menjadi lemah apabila dia terhidu sesuatu seperti kemenyan yang dibakar. Dia bertindak bijak untuk mengarahkan teksi tersebut untuk berhenti serta-merta dan selepas membuang wang pada lelaki teksi tersebut ,dia segera keluar dari teksi. Beliau kemudian mendapat tahu bahawa jika dia tidak mengarahkan teksi tersebut untuk berhenti dan keluar, dia akan pengsan dan dirogol oleh pemandu lelaki teksi tersebut (atau geng perogol)!

Beberapa minggu lalu, seorang pengunjung ke tepekong kami yang tinggal di Puchong dan menaiki teksi yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa India. Apabila dia duduk ke dalam teksi, dia mendapati sedikit bau pembakaran kemenyan dalam teksi. Selepas seketika, dia berasa lemah dan tidak dapat bercakap atau menjerit. pemandu teksi berbangsa India tersebut terus memandu ke jalan yang sunyi di mana tidak ada sesiapa pun orang awam disitu lalu merogolnya. Sebelum dia dirogol, dia diberitahu oleh pemandu teksi warga india lelaki tersebut bahawa dia adalah mangsa yang keenam. Beliau bukan sahaja dirogol tetapi juga dirompak!

Apabila dia sedar ,dia segera berjumpa doktor. Perkara yang menyedihkan, doktor

mengetahui dia telah dirogol tetapi tidak menasihati beliau apa yang perlu dilakukan. Doktor hanya membiarkan dia membuat keputusan untuk membuat laporan polis atau tidak .sebab dia tidak mengetahui nama perogol dan juga nombor plat teksi tersebut.dan dalam keadaan ketakutan dan trauma ,dia memberitahu doktor bahawa dia tidak berani untuk melaporkan kepada polis. Doktor berkata apabila dia tidak berani membuat laporan polis, beliau telah memusnahkan laporan perubatan! Dan perogol tersebut telah mengambil beg dan keseluruhan dengan IC dia di dalamnya, dia mengetahui alamat kamu dan mungkin berani datang terus ke rumah kamu dan cuba untuk merogol kamu lagi.

Sila beringat selalu agar tidak menaiki teksi yang berbau yang tidak menyenangkan yang menbuat anda ragu-ragu dan kalau boleh, jika anda mampu berbuat demikian, membuat panggilan atau sms kepada rakan-rakan atau saudara mara anda dan biarkan mereka tahu nombor pendaftaran teksi dan jika boleh, nama pemandu teksi tersebut.

CERMIN TINGKAP BIARKAN TERBUKA!


Credit: Giler Kentang

kanak-kanak 3 tahun mati didera



Kanak-kanak 3 tahun mati didera



IBU mangsa keluar bersama pegawai polis dari bilik mayat Hospital Serdang.
Kajang: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai menjadi mangsa dera anggota keluarganya dalam kejadian di rumah mereka di Semenyih, di sini, semalam.
Difahamkan, anak sulong daripada tiga adik-beradik itu sering dirotan ibunya berusia 25 tahun kerana sikapnya yang hiperaktif dan enggan berhenti menangis.
Kanak-kanak itu ditemui tidak bernyawa oleh wanita terbabit ketika mahu mengejutkan anaknya yang tidur untuk mandi jam 11 pagi.
Menurut sumber, suri rumah terbabit yang panik menghubungi suaminya yang juga anggota tentera sebelum lelaki terbabit yang berada di pejabatnya bergegas pulang ke rumah.
“Selepas mendapati anaknya itu sudah meninggal dunia, lelaki terbabit melaporkan kejadian itu kepada polis,” katanya.
Credit/sumber: Harian Metro

Friday, February 1, 2013

10 makanan tinggi lemak tersembunyi..

10 tip perlu tahu sumber lemak harian anda
Mayonis
Mayonis atau (mayonnaise) adalah salah satu jenis sos yang dibuat dari bahan utama minyak sayuran, telur ayam dan cuka.
Setiap 100g mayones mengandungi 79gram lemak
Elakkan mencampurkan mayones dengan sandwic ayam dan tuna.
Kekacang
Kekacang terkandung dalam sebahagian diet seimbang.
Setiap 100g lemak mengandungi 77g lemak.
Kandungan lemak agak tinggi walaupun bebas kolesterol dan mengandungi asid lemak baik.
Anda patut pilih gajus dan kacang pea jika dalam proses menurunkan berat badan
Krim Kopi
Setiap 100g anda dihidangkan dengan krimer kopi ia mengandungi 50g
Gunakan susu rendah lemak atau bebas lemak ataupun susu tepung.
Mentega kacang
Ada 50g lemak dalam setiap 100g
Hadkan pengambilan kepada empat sudu kecil seminggu.
Kerepek kentang
Snek kerepek kentang setiap 100g mengandungi 35g
Baca kandungan komposisi makanan dengan berhati-hati kerana kandungan kalori berbeza bagi setiap produk. Bertih jagung biasa adalah pilihan terbaik daripada snek lain.
•Keju
Ada 33g lemak setiap 100g keju.
Pilih keju rendah lemak. Hadkan juga pengambilan makanan yang banyak menggunakan keju seperti piza, sesetengah hidangan pasta dan sandwic.
•Daging merah
Peratus lemak dalam daging sederhana tinggi
Setiap 100g hanya mengandungi 31g lemak
Masalah anda ialah berlebihan daging dalam menu anda. Belilah daging tidak berlemak termasuk ikan dan ayam yang dibuang kulit. Elakkan sebarang bentuk daging yang mengandungi lemak nyata seperti sosej dan salami.
•Pai dan pastri
Setiap 100g pai ayam ada 23g lemak
Singkirkan pai dan pastri (croissants) daripada menu sekiranya anda ingin mengurangkan berat badan. Makanlah makanan bijirin penuh atau gandum.
•Makanan goreng minyak banyak
Anda tahu tak setiap 100g donat mengandungi 22g lemak
Menggoreng minyak banyak merupakan cara memasak yang paling tidak baik. Pilih teknik membakar, gril atau merebus sebagai cara memasak.
•Avokado
Lemak mono tidak tepu baik untuk diet seimbang.
Setiap 100g avokado mengandungi 17g lemak.
Jangan makan avokado secara berlebihan. Avokado pun boleh meningkatkan berat badan.
credit:cybermedik

Wednesday, January 23, 2013

Petanda seseorang memiliki saka

  | SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.
Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.
Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya.
Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.
Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam lingkungan keluarga.
Kesan jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu menjadikan seseorang itu mendapat sakit sehingga koma atau lumpuh.
Umumnya, kebanyakan orang yang memiliki saka berkebolehan merawat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan. Cara rawatannya dengan menurun menggunakan mantera atau jampi.
Bacaan dan amalan yang dilakukan itu amat meragukan serta sukar difahami. Ia bertentangan dengan syariat kerana mempunyai unsur syirik yang boleh merosakkan akidah.
Jika seseorang itu menyatakan hasratnya pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau ‘layak’ mewarisinya.
Penurunan ilmu saka boleh berlaku secara tidak langsung apabila waris menerima barang tertentu peninggalan si mati seperti barangan kemas, keris, lembing atau tombak.
Syaitan akan sentiasa memastikan setiap manusia atau orang yang mewarisinya sesat ketika sampai ajal mereka. Pada mulanya memang saka kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti melindungi diri, keluarga dan harta benda tetapi itu semua hanya tipu helah untuk menyesatkan manusia.
Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul dalam jangka masa panjang di mana kemuncaknya menyebabkan manusia itu berdosa besar kerana mensyirikkan Allah SWT.
Antara kesan buruk memelihara saka ialah pemiliknya menghadapi seksaan yang amat perit ketika menghadapi saat kematian kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa ketika menemui ajal.
Situasi lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.
Gangguan saka juga menyebabkan seseorang dilanda penyakit misteri. Justeru ahli keluarga atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal.
Bagi mereka yang sudah menerima, berusahalah untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit dengan mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam yang menggunakan al-Quran dan sunnah sebagai kaedah rawatan.
Pengamal Perubatan, Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata saka adalah perjanjian yang dibuat antara nenek moyang dengan jin laknatullah untuk mendapat kehebatan, kekuatan, kecantikan, perlindungan tertentu melalui perjanjian tertentu dalam tempoh yang ditentukan (tujuh keturunan).
“Saka berada dalam tubuh badan manusia sejak sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia. Ia berlaku sama ada seorang itu mengetahuinya ataupun tidak.
“Jin berkenaan ditinggalkan nenek moyang pembawa saka apabila mereka meninggal dunia. Ketika hidupnya, mereka berkawan atau membela jin berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama dalam masyarakat kita seperti polong, pelesit, toyol dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata terdapat kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka berkenaan.
“Selepas nenek moyang yang membela jin terbabit meninggal dunia, jasadnya mati selepas roh keluar dari badannya. Namun Begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukan seperti manusia.
“Apabila jasad perumah saka dikebumikan, jin akan bebas seperti keadaan layang-layang yang terputus talinya. Maka ia akan berkeliaran di atas muka bumi ini untuk mencari pewaris baru,” katanya.
Sharhan berkata kebiasaannya jin berpindah kepada anak cucu yang mengamalkan jampi tertentu yang diambil daripada si mati.
“Saka turut berpindah kepada waris seperti anak atau cucu yang menyimpan barang peninggalan si mati. Mereka berpotensi besar mewarisi saka disebabkan pernah tinggal serumah bersama si mati.

Petanda Seseorang Mempunyai Saka

Gejala waktu tidur
  • Susah tidur malam.
  • Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
  • Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
  • Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
  • Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
  • Mimpi melihat budak kecil.
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • Merintih dan menangis ketika tidur.
Gejala waktu jaga
  • Selalu pening kepala.
  • Lalai mengingati Allah SWT
  • Sering lesu dan malas.
  • Rasa sakit di salah satu anggota badan.
  • Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
  • Lenguh sendi-sendi utama.
  • Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
  • Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
  • Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Emosional dan terlalu sensitif.
  • Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
  • Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.
“Selain itu, golongan yang menjadi sasaran kepada saka adalah anak cucu yang cetek pengetahuan agamanya, sentiasa melakukan maksiat, meninggalkan ibadat seperti solat, mereka yang lemah fizikalnya serta memang terlalu menginginkan sangat kehebatan serta kelebihan nenek moyang mereka,” katanya.
Beliau berkata memang terdapat pertalian erat antara jin dan saka kerana jin yang diwariskan itu umpama harta peninggalan.
“Terdapat hadis daripada Abu Tha’labah berkata. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jin itu mempunyai tiga jenis iaitu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, jenis yang berbentuk ular dan anjing dan jenis yang berpindah randah.
“Jenis jin ketiga itu dikelaskan jenis jin yang menjadi saka kerana mampu berpindah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya,” katanya.
Sharhan berkata mereka yang memiliki saka juga mempunyai kebolehan mengubati penyakit yang disebabkan oleh jin dan syaitan tetapi mereka menggunakan dengan cara meragukan.
“Kebanyakan mereka berubat dengan kaedah menurun. Pembawa saka mampu mengubat tetapi dengan menggunakan jampi yang mempunyai unsur syirik.
“Malah jampi yang digunakan langsung tidak difahami maknanya,” katanya.
Beliau berkata terdapat amalan yang mampu menghalang seseorang itu menjadi mangsa saka dengan berkat keizinan Allah SWT.
“Segala bentuk gangguan jin dapat dielakkan dengan syarat kita percaya dan benar-benar yakin Allah yang menyembuhkan.
“Antaranya boleh mengamalkan zikir, membaca surah Mulk sebelum tidur, berwuduk sebelum tidur atau ketika mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, jadikan amalan membaca surah Yaasin setiap Subuh, membaca Basmalah sebagai wirid setiap kali melakukan pekerjaan dan perdengarkan bacaan ayat ruqyah di dalam rumah,” katanya.
Sumber: Harian Islam

23 pesanan untuk suami

♥ Pesanan Buat Suami ♥
-Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Sumber: Keharmonian rumah tangga dan keluarga Muslim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...