Kisah sedih kemalangan yang meragut nyawa suami isteri dan
mencederakan anak mereka yang berlalu 6 Mei lalu mendapat perhatian
begitu ramai pembaca.
Di Mynewshub sahaja, hampir 96,000 share di Facebook dan 13,000 Like
direkodkan dalam masa tiga hari ia dimuat naik. Ini memperlihatkan
betapa kisah itu menarik perhatian pembaca.
Membaca kisah berkenaan, sebahagian kita tidak akan lari daripada
mempersoalkan mengapa arwah memandu keretanya dengan begitu laju,
terutama di kala anak dan isterinya ada bersama.
Disebabkan itu, wujud tanggapan negatif ke atas arwah di kalangan
sebahagian pembaca. Wujud komen-komen yang diselubungi emosi marah.
Namun, seorang pemilik blog, Tentang A.Z.N.E.E
mendakwa mengenali arwah dan menegur segelintir pembaca yang memberikan
komen yang nyata tidak sensitif terhadap arwah dan keluarganya.
Pada peringkat ini, sebenarnya hanya Allah SWT sahaja yang tahu siapa
yang benar, siapa yang salah dan apa yang berlaku pada tarikh 6 Mei
berkenaan.
Berikut adalah petikan dari blog Tentang A.Z.N.E.E yang mempunyai versi tersendiri mengenai arwah yang dikenali dengan nama Kimie Rabudzi;
As salam semua..
Hari ini sudah 10 hari arwah rakan baik kami, Kimie Rabudzi dan
isterinya kembali ke rahmatullah… Rasa sedih tak hilang lagi dan
sekarang ni gantikan dengan 1001 perasaan apabila membaca setiap helaian
cerita di forum dan di blog tentang arwah…Yang mana, secara
terang-terangannya menyalahkan arwah dan terus menghukum arwah sebagai
penyebab kemalangan… Dan lebih menyedihkan ada individu yang tak
bertanggungjawab yang menyebarkan email bertajuk “Inpira vs Lancer…..
very bad ending” secara berleluasa.. (cerita yang sama seperti blog ini)
Pelbagai sumpah seranah, spekulasi dan andaian sendiri yang keluar
tentang peribadi arwah… Kami yang rapat dengan arwah amat terasa
sangat2.. Itu baru kami sebagai kawan, belum lagi keluarga arwah
sendiri… Ada juga yang bercerita tentang arwah seperti mereka yang kenal
sangat dengan arwah tetapi tiada fakta yang betul…
Kawan baik kami, Kimie Rabudzi bukanlah seorang driver kepada dato
seperti yang disebut di atas.. Arwah merupakan seorang pelajar cemerlang
di sekolah kami, SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Dan beliau adalah
ketua pelajar @ Ketua Umum. Masakan seorang pelajar cemerlang hanya
bekerja sebagai pemandu kepada dato?? Terus-terang, beliau adalah
seorang programmer di Kelana Jaya sejak 2005. Arwah sangat pakar dalam
pengaturcaraan komputer dan web dan mempunyai sijil/lesen kursus dalam
pengaturcaraan tertentu. Sesiapa yang belajar dalam IT, mesti faham
‘sijil/lesen’ ni sangat mahal dan bukan semua orang memiliki kepakaran
ini. Arwah juga merupakan salah seorang yang membina sistem web untuk
sebuah syarikat komunikasi yang terkenal di Malaysia..
Ada juga komentar yang menyatakan arwah adalah pemandu yang laju
ternyata adalah SALAH..Walaupun arwah menyertai Kelab Lancer, tetapi
semua kawan2 kelab tersebut juga tahu yang arwah bukanlah seorang
pemandu yang kaki rempit.. Dia sendiri sentiasa berhati-hati tambahan
dia seorang yang bertanggungjawab dan sahih sangat sayangkan anak dan
isterinya. Segalanya peribadi yang dinyatakan adalah tidak sama seperti
peribadi arwah yang sebenar cuma kita semua tidak tahu apa sebenarnya
yang berlaku waktu itu. Hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu..
Kami juga membaca pelbagai versi cerita dari pihak saksi, wartawan
dan sebagainya.. Dan lagi satu versi cerita, saya telah update dalam
entry sebelum ni…
Ramai yang tersalah anggap bahawa arwah yang memandu laju 200kmj itu…
Cuba baca dengan teliti.. Siapa sebenarnya yang laju? Sedangkan ketika
itu, arwah sedang memotong bas dan diberi high beam…
Takkanlah perkara ni berlaku dalam masa beberapa minit.. Semuanya
berlaku dalam masa beberapa saat sahaja.. Dengan keadaan jalan yang
bergelumbang dan tiba2….
Saya tak mahu mempertikaikan perkara ini. Sebab ini semuanya sudah
tertulis di luth mahfuz.. Kita tak sepatutnya menuduh membabi buta,
memalukan arwah dengan pelbagai kata2 kesat dan tak kurang juga yg kata
“padan muka”..
Dalam hal ni, kita tak boleh nak kata.. “kalaulah itu, kalaulah ini…”
sebab kita masih lagi berpegang pada Iman.. Jika bukan berlaku pada
diri sendiri, ahli kelurga dan sahabat handai sendiri pun, tak elok kita
mempertikaian sesuatu terutama sekali tentang orang yang telah pergi..
Apa perasaan ahli keluarga yang masih dalam kesedihan dan tiba-tiba
membaca pelbagai komen yang menyakitkan hati? Lebih hancur rasanya hati…
Saya juga tak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ni samada arwah
(yang membawa Lancer), pemandu Inspira, pemandu bas atau jalan raya yang
bergelumbang.. Kerana kita kena redha dengan qada’ dan qadar.. Daripada
kita semua mengeluarkan kata2 yang tak berguna dan menyakitkan hati..
Lebih baik kita semua sedekahkan Al-Fatihah ataupun sebaiknya membantu
bayi mereka yang sudah tentu memerlukan bantu yang lebih banyak untuk
menyambungkan kehidupannya yang masih jauh pada masa akan datang.
Saya dan rakan2 yang lain berharap agar anda yang menerima email
berantai tersebut berhenti untuk menyebarkannya kepada rakan-rakan yang
lain.. Ini demi kebaikan bersama dan untuk menjaga hati waris yang masih
hidup dan sebagai tanda kita menghormati mereka berdua yang telah
pergi… Saya juga berharap segala tanggapan yang salah tentang arwah
dapat diperbetulkan.. Sekiranya, arwah bukan seorang yang berjasa dan
baik orangnya, arwah pasti tidak bersama kami bersusah-payah membuat
pelbagai aktiviti kebajikan dalam Alumni bersama-sama.. Dari sini
sahaja, kita sudah tahu baik budi seseorang kerana bukan semua orang
rela untuk memberikan komitmen yang tinggi untuk orang lain tanpa
sebarang balasan upah atau gaji. Dalam entry sebelum ini saya ada
sertakan pelbagai aktiviti kami sebagai bukti arwah bukanlah orang
seperti yang dinyatakan dalam komen forum, blog atau email yang anda
terima..
Sekali lagi, Al-Fatihah untuk Kimie Rabudzi dan isterinya..
No comments:
Post a Comment