Mayat mangsa ditemui kira-kira pada jam 8 pagi ketika dalam usaha
mencari mangsa yang dikatakan hilang selepas seharian keluar rumah.
Abang
ipar mangsa berusia 31 tahun, berkata, mangsa keluar rumah sendirianjam
4 petang dan disedari seorang saudara namun tidak bertanya ke mana
mangsa pergi.
“Mangsa keluar rumah dengan berjalan kaki dan menuju ke arah dusun buah-buahan yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah.
“Semasa
dia keluar, tiada siapa berada di rumah. Sehingga jam 8 malam,
kelibatnya masih tidak kelihatan dan kami hanya mengandaikan dia keluar
bersama rakan lain,” katanya.
Menurutnya, kehilangan mangsa
disedari pada jam 12 tengah malam namun bercadang mencarinya pada
keesokan hari berikutan keadaan sekeliling gelap tanpa mencurigai
perkara buruk berlaku ke atas mangsa.
“Kebiasaannya mangsa akan
pulang ke rumah selewat-lewatnya jam 10 malam. Keesokan paginya, saya
dan adik ipar keluar mencarinya kerana merasakan dia tidak berada jauh
dari rumah,” katanya.
Katanya, sebaik tiba di dusun, dia dan adik
mangsa terkejut melihat mayat mangsa dalam keadaan tergantung
menggunakan tali tambat kambing di belakang rumah mereka.
Menurut
abang ipar mangsa, adik iparnya itu disifatkan seorang yang pendiam dan
tidak gemar bercerita sekiranya tidak mempunyai masalah dengan
adik-beradik. Malah tidak tahu menahu jika mangsa mempunyai masalah
peribadi dengan orang lain.
“Mangsa tidak bergaduh dengan kami
adik-beradik tetapi tidak tahu pula sekiranya dia ada perselisihan faham
dengan mana-mana rakan tanpa pengetahuan kami kerana dia seorang yang
begitu suka menyimpan rahsia.
“Sehari sebelum kejadian, mangsa tidak menampakkan sebarang perubahan pelik,” katanya terkejut dengan kejadian itu.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin
Shaharuddin, mengesahkan penemuan mayat remaja berkenaan, kelmarin.
“Mangsa
yang merupakan anak keempat daripada tujuh beradik ditemui tergantung
pada tali tambat kambing kira-kira jam 8 pagi di sebatang pokok manggis
dalam keadaan terkulai dan pucat kebiruan dan kejadian diklasifikasikan
sebagai mati mengejut,” katanya, semalam.
No comments:
Post a Comment