PANAS! Saiful Apek Kecam David Teo Kutuk Arwah Bob Kuman
KUALA LUMPUR – Pemergian
Allahyarham Bob Kuman ternyata masih lagi belum reda meski pun
jenazahnya sudah selamat dikebumikan pada minggu lepas.
Kisah hidup Bob Kuman menjadi perhatian
umum apabila Allahyarham tampil ke depan mendedahkan sikap David Teo dan
syarikat produksinya yang beliau dakwa tidak mengendahkan kesihatan
dirinya dan menghulurkan bantuan kewangan walaupun Allahyarham jatuh
sakit di lokasi pengambaran.
Malah, isu antara mereka berlarutan
sehinggalah David Teo membuat kenyataan Bob Kuman sebenarnya hanyalah
meraih simpati dan meminta sedekah dengan mengeluarkan cerita
sedemikian.
Masalah mereka berdua berlarutan hinggalah Bob Kuman menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Terkini, seorang lagi pelakon dan
pelawak tanah air, Saiful Apek pula membangkitkan kontroversi terbaru
tentang pemergian Allahyarham Bob Kuman.
Saiful Apek telah memuat naik status di laman sosial Facebooknya (FB Fanpage) iaitu kenyataan yang menyindir David Teo.
“HA! HA! HA! Sikalang wa balu
aman sbab itu olang talak mule mintak sedekah & aniaya wa lagi! HA!
HA! HA!”, kenyataan di FB Fanpage Saiful Apek yang didakwa dari David
Teo.
Pada mulanya, tidak dapat dipastikan
sama ada kenyataan yang kononnya dikeluarkan David Teo tentang
Allahyarham Bob Kuman itu adalah benar atau tidak.
Namun, melihatkan balasan Saiful Apek
dengan soalan-soalan yang diajukan oleh peminat-peminatnya di laman
Twitter dan Facebooknya mengukuhkan lagi kenyataan itu sememangnya dari
David Teo yang telah mengutuk diri Allahyarham Bob Kuman.
Kenyataan David Teo itu sedikit sebanyak
telah pun mengguriskan hati Saiful Apek di mana kenyataan ‘melampau’
penerbit itu seolah-olah tidak menghormati dan menghargai diri
Allahyarham.
Semoga, isu tentang Allahyarham Bob Kuman tidak perlu diperbesarkan lagi memandangkan tiada lagi insan seni itu di dunia ini.
Biarlah rohnya tenang bersemadi di sisi Illahi dan mendoakan kesejahteraannya di sana. Amin.
No comments:
Post a Comment