Saturday, May 19, 2012

Tips bila suhu enjin kereta terlalu panas (overheat)




Kereta yang mengalami kepanasan enjin secara tiba-tiba boleh dikatakan sangat berbahaya kerana boleh mengakibatkan kereta akan terbakar atau mengeluarkan asap yang banyak. Jom ketahui puncanya.

Tips Bila Suhu Enjin Kereta Terlalu Panas (Overheat) | Ketika memandu, adalah amat penting untuk sentiasa melihat papan meter kenderaan anda setiap beberapa ketika. Ini kerana meter kenderaan memberi informasi seperti suhu enjin, kelajuan kenderaan, isipadu minyak dan kelajuan kitaran enjin. Kegagalan untuk mengawal kadar kepanasan suhu enjin akan menyebabkan kereta kita boleh terbakar dan enjin kereta akan mengalami kerosakan teruk. Tambahan lagi, berkemungkinan besar, enjin sudah tidak boleh digunakan lagi.

Jadi, apa yang perlu dilakukan bila meter anda menunjukkan kepanasan yang tinggi speerti ini? Baiklah, selalunya, diulangi selalunya (bukan setiap masa). Keadaan ini disebabkan oleh faktor kenderaan anda tidak mempunyai cecair atau air yang mencukupi untuk menyejukkan enjin kereta anda. Ini mungkin akibat daripada sistem penyejukan anda mengalami kebocoran atau faktor manusia  (lupa isi air).
    Jangan panik walaupun asap putih sudah kelihatan dari hadapan enjin kereta anda.
  •     Cari lokasi berhenti sehampir mungkin.
  •     Berhenti dengan selamat.
  •     Matikan kenderaan anda dan biarkan selama 15 minit.
  •     Cari sumber air terdekat. Sediakan juga tuala. (pastikan anda tidak kisah jika tuala ini kotor)
  •     Basahkan tuala kotor tersebut dan pegang tutup sistem penyejukan/ penutup radiator anda menggunakan tuala tersebut

Putarkan penutup radiator.
PERHATIAN
  • Air panas mungkin keluar dari tutup radiator, jadi pastikan tuala di tangan anda sudah sedia basah.
  • Jika tiada apa-apa berlaku, isi air dari ke dalam lubang radiator.
  • Lihat di bawah kenderaan anda. Jika tiada air yang mencurah-curah, maka, kenderaan anda cuma kekurangan air.
  • Namun jika berlaku tumpahan cecair di bawah kenderaan, sediakan sumber air sebanyak mungkin dan terus menuju ke bengkel berhampiran.
  • Jika enjin panas semula, lakukan perkara di atas dan sila sabar.
Melayukini.net - Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, kita pastikan sebelum menghidupkan enjin kereta, lihat kadar air sama ada ia berkurangan ataupun tidak. Jika berkurangan perlu ditambah air untuk memastikan suhu enjin berada dalam keadaan terkawal dan tidak overheat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...