Saturday, May 5, 2012

apam polka dot

apam dot dot..apam polkadot..apam mushroom


ada yang panggil apam ni apam dot dot, apam polkadot, apam mushroom. sama je sebenarnya. nama je berlainan. cara pembuatan sangat la senang. campurkan sume bahan pastu, buh color, kukus. ada yang cakap cara lebur semua ni apam tak gebu. tapi bagi saya, dan lepas saya buat dengan cara ni, takde beza pun tapi dengan syarat, kena pukul sampai betul2 gebu. insyaallah menjadi.

ini lah rupa selepas di kukus. 


bahan-bahan:

3 biji telur -sejukkan dlm peti sejuk
275 gm tepung gandum 
200 gm gula halus 
150ml susu segar 
1 1/2 sudu makan baking powder 
1 sudu kecil ovallete 
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) 
perasa -kalau tak buh pun takpePewarna ikut suka 


CARANYA:
-Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit. 
-Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna yg digemari 
-Masukan separuh adunan ke dlm paper cup yg diletak dlm acuan lompang dan letakkan filling dan masukkan separuh lagi adunan sehingga 3/4 penuh . -biasanya saya buh penuh jadi penuh lagi cantik.
-Kukus dgn api yg sederhana selama 10 minit.api tak boleh besar nanti jadi apam merekah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...