Thursday, May 17, 2012

pembunuhan kejam di Malaysia 2010

Pembunuhan Kejam Tahun 2010!!


pembunuhan kejam Pembunuhan Kejam Tahun 2010!!
Gambar hiasan ini merujuk pembunuhan Siti Rohana Ismat VS Dato Abdul Aziz
Sepanjang tahun 2010 menarik nafas panjang kami menyelak semula beberapa kes pembunuhan kejam yang mendapat liputan dan tumpuan di seluruh negara. Semakin hari, teknik pembunuhan dan sifat tidak berperikemanusian semakin menjadi-menjadi sehingga melangkaui tahap pemikiran waras manusia normal sepanjang tahun 2010. Antara senarai pembunuhan kejam yang berlaku sepanjang tahun 2010 yang pernah diulas oleh Berita Semasa ialah :

1) Pembunuhan Kejam oleh Rashidi Ishak oleh Rashidi Ismail :

pembunuhan kejam 31 Pembunuhan Kejam Tahun 2010!!
Pada awal tahun lalu (5 Januari 2010) negara telah dikejutkan dengan satu pembunuhan kejam di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri. Rasidi Ismail, 34, telah didapati membunuh adik perempuan, bapa, datuk dan neneknya di kediaman keluarganya di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan. Antara mangsa pembunuhan kes jam tersebut ialah :
  • Mayat Atan Daud, 90,
  • isterinya Sutiah Katas, 80
  • Ismail Awang, 76
  • Siti Khadijah Ismail, 22

2) Pembunuhan Kejam Syafiah Humaira Sahari :

pembunuhan kejam 4 Pembunuhan Kejam Tahun 2010!!
Ibubapa yang teringinkan anak tetapi rezeki menimang cahaya mata masih belum kunjung tiba. Dah diberikan zuriat tetapi sayangnya mereka mempersiakan “nikmat” yang diberikan oleh Ilahi. Inilah yang terjadi merujuk kepada penderaan oleh Mohd Fazli Azri Jamil sehingga akhirnya membawa kepada pembunuhan  kejam terdapat adik Syafiah Humaira Sahari. Lebih menyayat hati apabila kejadian tersebut berlaku dihadapan sebilangan masyarakat setempat.
Kejadian ini berlaku pada 25 Februari 2010 yang ketika itu baru berumur 3 tahun telah ditemdang dan dipijak menggunakan kasut bola oleh teman wanita ibunya Mohd Fazli Azri Jamil sehingga menyebabkan kematiannya di Ulu Yam Lama, Batang Kali. Syafiah Humaira Sahari dilaporkan meninggal dunia akibat pendarahan otak dan mengalami kerosakan buah pinggang, akibat dihentak dan ditendang dengan kuat oleh suspek.

3) Pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya bersama 3 yang lain :

pembunuhan kejam 2 Pembunuhan Kejam Tahun 2010!!
Kebanyakan rakyat Malaysia sudah sedia maklum dengan pembunuhan kejam yang melibatkan Datuk Sosilawati Lawiya bersama 3 yang lain pada akhir bulan Ogos 2010. Kami boleh katakan, inilah  perlakuan jenayah paling ngeri tahun 2010 dan mungkin juga dalam sejarah negara.
Kehilangan Datuk Sosilawi Lawiya yang pada mulanya telah berakhir dengan tragedi. Kalau sebelum negara kita dengan pembunuhan kejam terhadap gadis Mongolia yang telah ditembak mati dan diletupkan dengan bom C4 tetapi untuk kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya bersama 3 yang lain iaitu pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38; dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang selepas ke Banting, Selangor atas urusan pembelian tanah telah didakwa dibunuh, dibakar mayat mereka dan akhirnya abunya dibuang ke dalam sungai dengan harapan untuk melupuskan bukti.
“sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua”
Disebabkan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik ini jugalah terbongkar beberapa kes pembunuhan yang lain.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...