Untuk mengenali apakah itu drupal boleh membaca sendiri di hairilhazlan.com/pengenalan-drupal iaitu pengenalan dan sejarah drupal yang telah aku maklumkan satu masa dahulu. Beberapa hari lepas drupal telah pun melepaskan dengan bebas versi terbarunya di kenali sebagai Drupal 7.
Kandungan yang fleksibel
Menguruskan kandungan dengan antara muka web yang mudah digunakan. Drupal membolehkan kita dengan mudah membina dan mengurus bentuk secara peribadi iaitu membolehkan pengguna untuk membuat dan menguruskan kandungan tanpa perlu mengetahui HTML atau CSS.Penentuan ruangan sesuai yang boleh digunakan di dalam jenis kandungan, pengguna, komen, syarat dan entiti lain. penyimpanan ruangan data di SQL, NoSQL, juga boleh menggunakan remote simpanan.
Tema/template yang menarik
Tema Drupal memberikan pilihan untuk kita memilih dengan menggunakan kawasan lalai atau kosong atau dengan penyesuaian sendiri. Dalam kawasan ini, kita boleh meletakkan blok untuk kandungan yang relevan bagi sesebuah halaman, termasuk menu atau blok khusus untuk widget. tema Drupal juga direka dengan prinsip-prinsip aksesibilitas dalam fikiran: navigasi yang mudah, tajuk yang jelas, struktur laman logik, dan banyak lagi.Mengawal apa yang akan dipaparkan pada skrin dengan kelebihan API Render baru yang berhubung kait untuk pengubahan yang radikal. Modul RDF juga menyediakan markup semantik web.
Capaian
Untuk mentadbir paparan dengan versi drupal 7 ini jauh lebih mudah diakses untuk melakukan kerja2 pentadbiran. Banyak front-end telah di perbaiki membuatkan ianya lebih mudah bagi membina gerbang laman sesawang.Gambar dan fail
Menambahkan dan memasukkan gambar ke kandungan sekarang bersifat terbina di dalam atau tersedia ada, ianya versi yang berbeza dari versi drupal sebelumnya. Penghasilan pembinaan thumbnail, preview dan gaya gambar dengan sifat yang berbeza-beza. Pengendalian fail peribadi kini juga boleh digunakan bersama-sama fail awam/umum.Kod ujian automatik
Lebih daripada 30,000 Kerangka ujian baru secara automatik dengan terbina sedia ada membolehkan kita membuat ujian integrasi berterusan seluruh bahagian teras Drupal dan sumbangan modul.Peningkatan sokongan database
Lapisan database menyediakan out-of support-the-box untuk SQLite, MySQL / MariaDB, dan PostgreSQL. Pemasangan sumbangan modul dengan menggunakan MS SQL Server, Oracle, dan banyak lagi.Sokongan yang mantap
Gunakan profail untuk mengedar produk Drupal yang sesuai. Sebuah API baru dan konfigurasi eksport akan diberikan untuk menangkap secara terus (auto) tatacara yang berbagai ke dalam koding.Meluas
Beribu-ribu orang pintar dan produktif bekerja sama untuk terus meningkatkan Drupal, modul, tema dan pengedaran. Berkat usaha komuniti yang luas ini, lebih dari 800 modul yang tersedia atau masih dalam pembangunan aktif dalam meningkatkan Drupal 7, termasuklah pembinaan Views, Pathauto, dan WYSIWYG, ianya akan terus berjalan setiap hari demi hari.Untuk install Drupal 7, pekakasan teknikal yang diperlukan adalah:
- Web Server: Apache (di sarankan), Nginx, Lighttpd, atau Microsoft IIS
- Database: MySQL 5.0.15 dan ke atas, PostgreSQL 8.3 dan keatas, or SQLite 3.x
- PHP: 5.2.4 dan ke atas.
- Memory: 32MB (Sebuah proses laman web dengan sejumlah modul yang umum mungkin memerlukan 64 MB memori atau lebih.)
No comments:
Post a Comment