Malam Pertama Anda
Malam itu ialah
MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR! Pernahkah engkau melihat kuburan? Pernahkah
engkau melihat gelapnya kuburan?Pernahkah engkau melihat sempit dan
dalamnya liang lahat?Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan
kedahsyatan alam kubur?Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan
untukmu dan untuk orang-orang selain darimu? Bukankah telah silih
berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?
Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"
Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu
nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang
sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang
yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala
itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat
berbeza. "Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di
dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di
kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan
apa yang akan terjadi padamu di sana ?" Hari ini kita berada di dunia
yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai,
dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran,
dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta
minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam
pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang
menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit
yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah. Pada saat kita mula
membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat
menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya
semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan?
Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan
menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Di dalam usahanya
mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan
bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia
mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia
menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia,
seraya membaca ayat: "Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia),
agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan
(dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100) Kemudian ia menjawab
sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan
disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari
sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul
maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis
atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku,
tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka
di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan
kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang
tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika
sakaratul maut!"
MENGAPA KITA MALAS NAK SOLAT... .SAKIT APA TU... ?
Apasal la engkau malas sembahyang,Tuhan kasi engkau jasad siap dengan
bayang-bayang,Bukan ke lebih beruntung daripada dari tiang, Berdiri
tanpa roh malam siang... ... Apasal la engkau malas sembahyang,Kerja dah
best keluarga pun dah senang,Negara pun dah aman tidak lagi hidup
berdagang, Takkan lima minit lima waktu engkau tak boleh luang... .
Apasal la engkau malas sembahyang, Tuhan kasi otak supaya engkau tak
bangang, Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,Tuhan kasi nikmat
kenapa engkau tidak kenang... Kenapa la engkau malas sembahyang, Main
bola engkau sanggup sampai petang, Beli tiket konsert engkau sanggup
beratur panjang, Apa engkau ingat masuk syurga boleh hutang... ? Apasal
la engkau malas sembahyang, Engkau kena ingat umur kita bukannya
panjang, Pagi kita sihat petang boleh kejang, Nanti dalam kubur kena
balun sorang-sorang. ..
Apasal la engkau malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la engkau bayang,Perjalanan akhirat memang terlalu
panjang, Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang !!
No comments:
Post a Comment