Credit untuk: BeautifulNara
Kes Bunuh Warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu
Shaariibuugiin Altantuyaa atau Altantuya Shaariibuu, seorang warga
Mongolia, adalah mangsa bunuh yang sama ada dibunuh menggunakan bahan
letupan C-4 atau dibunuh dahulu kemudian mayatnya diletupkan menggunakan
bahan letupan C-4 pada 18 Oktober 2006 di sebuah kawasan tinggal di
Shah Alam.
Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati kepada dua orang
tertuduh, Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar pada
9 April 2009 yang didapati bersalah membunuh Altantuya selepas
perbicaraan selama 159 hari.
Kes bunuh Altantuya kini juga sedang disiasat oleh pihak berkuasa Perancis.
Untuk informasi penuh, sila ke Wikipedia.
Kes Rogol dan Bunuh Nurul Huda Abdul Ghani
Nurul Huda Abdul Ghani ialah seorang budak perempuan berusia 10 tahun
yang ditemui dalam keadaan bogel dalam pondok kawalan pencawang
elektrik Tenaga Nasional Berhad di Tanjung Kupang, Johor pada tahun
2004. Basikalnya ditemui di luar pndok tersebut. Dia dipercayai telah
dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga lelaki, termasuk seorang
pengawal keselamatan.
Pengawal keselamatan berumur 46 tahun yang bertugas di pencawang itu,
Mohd Abbas Danus Baksan ditahan selepas bergelut dengan polis kerana
enggan membuka pintu pagar pencawang dan sebaliknya menyerang polis yang
cuba memasuki kawasan itu.
Nurul Huda ialah anak bongsu Ketua UMNO Cawangan Kampung Pekajang,
Ghani Juni yang bekerja sebagai pembantu am rendah di sekolah tempat
anaknya belajar. Ghani mempunyai sembilan anak.
Kejadian dikatakan berlaku setelah Nurul Huda keluar untuk membeli
barang di kedai runcit berhampiran, manakala pondok tersebut terletak
hanya 100 meter dari rumahnya dan Nurul Huda perlu melalui kawasan
pencawang tersebut untuk ke kedai runcit yang terletak 500 meter dari
rumahnya.
Bagaimanapun, pada tahun 2008 Mohd Abbas telah terlepas dari hukuman
mati kerana semua keterangan keadaan yang dikemukakan pihak pendakwaan
tidak menunjukkan yang kesalahan itu dilakukan sepenuhnya oleh Mohd
Abbas setelah dia mengemukakan rayuan kerana didapati bersalah oleh
Mahkamah Tinggi Johor kerana membunuh Nurul Huda.
Dia juga dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan
rotan oleh Mahkamah Sesyen Johor Baharu pada 26 Jan 2004, selepas dia
mengaku bersalah merogol budak perempuan itu.
Peguam yang mewakili Mohd Abbas, Jagdish Kaur, berhujah terdapat
orang ketiga terlibat dalam kes itu dan Mohd Abbas dalam keteranganya
berkata dirinya dan dua lelaki lain bernama Suyaimi Mohd Zin dan “Jojo”
merogol budak perempuan itu.
Katanya pertuduhan asal di Mahkamah Majistret, menyatakan Mohd Abbas
melakukan kesalahan itu bersama-sama dua lagi lelaki tetapi selepas kes
itu dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, hanya nama Mohd Abbas disebut.
Katanya (Jagdish) hakikat yang Suyaimi atau mana-mana orang lain
tidak didakwa bersama-sama dengan Mohd Abbas menunjukkan yang pendakwaan
tidak mempunyai bukti terhadap mereka.
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanafiah Zakaria berhujah berdasarkan
keterangan, jelas menunjukkan Mohd Abbas telah membunuh Nurul Huda
kerana hanya dia seorang yang bekerja di pondok pengawal itu dan
keengganannya membenarkan polis dan abang Nurul Huda masuk ke pondok itu
untuk menyiasat menunjukkan yang dia menyembunyikan sesuatu.
Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Zaki Tun Azmi berkata terdapat banyak
lompang dalam kes pendakwaan dan penyiasatan pihak pendakwaan juga tidak
lengkap.
“Adalah menjadi tanggungjawab pendakwaan untuk membuktikan pembunuhan
itu. Tugas pihak pembelaan ialah untuk menimbulkan keraguan,” katanya.
Mahkamah, bagaimanapun, mengekalkan hukuman penjara 20 tahun dan 24
sebatan dengan rotan yang diputuskan Mahkamah Sesyen Johor Baharu bagi
kesalahan merogol budak prempuan itu, yang Mohd Abbas mengaku bersalah.
Namun dia terlepas hukuman sebatan kerana pada masa itu berumur 52
tahun.
***
***
Kes Bunuh Nurul Nadirah @ Dirang
Nurul Nadirah @ Dirang dilaporkan hilang pada 1 Mac lepas oleh
ibunya, Roselyn Alan, 25. Roselyn memberikan RM 4 kepada Dirang untuk
membeli telur ayam dan dua bungkus mi segera di kedai runcit yang
terletak di tingkat bawah blok di sebelah rumahnya. Rumah mereka
terletak di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor.
Berikutan kehilangan Dirang, gerakan mencari beliau dilaksanakan selama
beberapa hari oleh pihak berkuasa dan penduduk tempatan. Kehilangan
Dirang juga mendapat liputan meluas pihak media.
Pada 8 Mac 2012, mayat kanak-kanak yang rentung telah dijumpai di
sebuah kawasan tanaman kelapa sawit di Nusa Damai, Masai, 20 KM dari
Flat Seri Delima. Pada 12 Mac 2012, mayat rentung itu disahkan oleh
pihak polis sebagai Dirang melalui ujian DNA.
Bapa kandung Dirang, Handri Yongot, 35 pada mulanya disyaki sebagai
suspek, tetapi kemudiannya dibebaskan dari tuduhan dan dihantar ke
Filipina, dari mana dia datang sebelum memasuki Malaysia tanpa dokumen
perjalanan sah.
Seramai tiga orang suspek termasuk seorang wanita direman untuk siasatan kes pembunuhan Dirang.
Bagaimanapun, pada 27 Mac 2012, Muidin Maidin, 24, jiran Roselyn,
telah didakwa melakukan perbuatan kejam itu terhadap Dirang di ladang
kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai antara pukul 11
pagi dan 7 malam, 1 Mac lepas.
Lelaki bermisai nipis itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati di tali gantung jika
disabitkan kesalahan.
Kes Bunuh Noritta Samsudin
Norrita Samsudin, seorang eksekutif pemasaran dan model sambilan
ditemui mati di unit No. D71, Kondominum Puncak Prima Galleria, Sri
Hartamas, Kuala Lumpur oleh rakan serumahnya, Nor Azora Hamid pada pukul
4.00 pagi Jumaat, 5 Disember 2003. Dia dipercayai dibunuh di antara
pukul 12.30 tengahari hari sebelumnya hingga 4.00 pagi dia ditemui.
Jenazahnya di bawa ke rumah keluarganya di Kampung Surau, Utan Aji, Perlis. Pada 7 Disember 2003.
Polis kemudiannya menahan Nor Azora Hamid, 25 dan teman lelakinya Kenneth Michael Yap Teik Huat, 38, untuk membantu siasatan.
Seramai lapan suspek termasuk dua yang dipercayai bertanggungjawab
melakukan perbuatan kejam itu telah ditangkap. Hasil ujian Asid
Deoksiribonukliek (DNA) mendapati salah seorang suspek tersebut
dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu.
22 Disember 2003, Hanif Basree Abdul Rahman di hadapkan ke Mahkamah
Majistret atas tuduhan membunuh dan kes itu kemudiannya dipindahkan ke
Mahkamah Tinggi.
Kes perbicaraan Hanif Basree bermula pada 5 Mei 2004 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati.
Bagaimanapun, Jurutera Hanif Basree Abdul Rahman yang dituduh membunuh
eksekutif pembangunan perniagaan Noritta Samsudin dibebas dan dilepaskan
oleh Mahkamah Tinggi di sini 1 Julai 2005.
Hakim Datuk Abdull Hamid Embong berkata, pendakwaan telah gagal
mengemukakan bukti yang cukup untuk mewujudkan kes prima facie terhadap
jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam itu.
Mahkamah Persekutuan pada 28 Mac 2008 kemudiannya mengekalkan keputusan yang melepas dan membebaskan Haniff Basree.
Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Azmi yang mengetuai panel lima
hakim memutuskan demikian dengan sebulat suara semasa menolak rayuan
pihak pendakwaan bagi mengetepikan keputusan mahkamah rayuan yang
mengekalkan keputusan membebaskan Hanif Basree yang dibuat oleh Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur.
Sebuah akhbar melaporkan bapa Noritta sebagai berkata:
Saya lebih suka membaca laporan akhbar mengenai kes
Norrita di kebun saya kerana suasana di sana sunyi dan menyegarkan. Yang
penting, di situ saya boleh menangis sepuas-puasnya.
Menurut satu sumber, ibu dan bapa Allahyarham Noritta telah bercerai
selepas kejadian itu, dan bapa Noritta telah meninggal dunia beberapa
tahun selepas kes itu berlaku manakala ibunya telah berkahwin semula.
Kes Bunuh Along Spoon @ Sabi’ul Malik
Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafiee, ialah penyanyi
kumpulan Pop Rock, Spoon. Beliau yang ketika itu berusia 19 tahun, telah
ditemui mati dalam sebuah guni di sebuah gaung, bertempat di Kilometer
28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada jam 1 pagi, 6 Januari
2000.
Sebelum itu, Along dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999, Along
dipercayai telah dibunuh di sebuah tempat lain sebelum mayatnya dibuang
di dalam gaung tersebut.
Ibu dan bapa Along, bagaimanapun enggan menerima keputusan DNA yang
mengesahkan mayat tersebut sebagai Along, dan masih berharap Along akan
ditemui semula dalam keadaan hidup.
Pada 19 Januari 2000, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal,
Mohamed Ya’cob Demyati dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat
Polis Kontinjen Kuala Lumpur dihadapkan ke mahkamah Majistret Seremban
atas tuduhan membunuh Along.
Mohamed Ya’cob kemudiannya pada 10 April 2002 didapati bersalah oleh
Mahkamah Tinggi terhadap tuduhan membunuh Along dengan sengaja pada
pukul 1 pagi, 26 Disember 2000.
Pada 2 November 2010 Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap Mohamed Ya’cob.