Tuesday, September 25, 2012

bayi 1 bulan dipukul dan dirogol hingga hampir mati di London

LONDON: Seorang bayi lelaki berusia satu bulan berjuang untuk hidup selepas dirogol dan didera hingga menyebabkan jantungkan terhenti dan mengalami kecederaan dalaman yang teruk. Kes ini merupakan kes paling teruk di Britain berkenaan penderaan kanak-kanak. 

Polis semalam cuba menyekat orang ramai daripada cubaan mengadakan perhimpunan sepanjang malam yang boleh mencetuskan kekacauan selepas seorang bayi berusia sebulan dilapor dirogol dan dipukul sehingga hampir mati. Mesej dalam Facebook mendedahkan rancangan untuk mengadakan upacara sepanjang malam bagi berdoa untuk keselamatan bayi berkenaan berhampiran kediamannya, yang dipercayai mangsa paling teruk kes penderaan kanak-kanak di Britain. Bayi itu mengalami kecederaan teruk termasuk patah tangan, patah tulang selangka, kecederaan paru-paru dan lebam di seluruh tubuh. Menurut laporan lagi, semua tulang rusuknya patah.



Lebih memeranjatkan, terdapat laporan menyatakan bayi itu turut mengalami kecederaan dalam kemaluan, dipercayai akibat dirogol. Seorang lelaki dan seorang wanita dari Gravesend, Kent, ditangkap berhubung kejadian itu. Mereka bagaimanapun dibebaskan atas ikat jamin polis sementara menunggu siasatan lanjut. Satu kumpulan menulis dalam Facebook: “Penjarakan penjahat yang merogol dan memukul bayi berusia sebulan di Gravesend.
Polis turut menghantar pakar forensik untuk memeriksa sebuah rumah di Gravesend. Jirannya berkata, seorang lelaki dan seorang wanita tinggal di rumah berkenaan bersama-sama seorang bayi yang baru lahir. Mereka disifatkan sebagai peramah. Seorang jiran bagaimanapun berkata, dia terdengar bunyi orang bergaduh di rumah berkenaan, Khamis lalu.
sumber : m.sullivan@the-sun.co.uk

2 comments:

iskandarX said...

assalamualaikum... blogwalking sambil tekan2 iqlan

Santai iskandarX

Nadie az said...

terimakasih firdaus...nanti turn kak na pulak...he2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...