Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
BUKTI...mangsa dan bapanya menunjukkan rakaman kejadian terbabit.
Demikian kata bapa pelajar lelaki berusia 13 tahun yang kesal dengan sikap sambil lewa pengurusan sebuah sekolah menengah di sini, yang didakwanya tidak mengambil tindakan terhadap aduannya berhubung kejadian itu.
Bapa berusia 36 tahun itu berkata, dia hanya mengetahui mengenai rakaman video bogel anak lelakinya itu selepas isterinya dimaklumkan anaknya dipanggil Guru Penolong Kanan, Hal Ehwal Pelajar (PKHEP) pada 1 Oktober lalu berhubung kejadian buli di asrama sekolah berkenaan.
Menurutnya, ketika itu, anaknya baru sebulan tinggal di asrama dan difahamkan kejadian berlaku ketika dia ke tandas dengan memakai tuala sebelum dipanggil pelajar senior dan dipaksa berbogel sebelum disepak berulang kali.
“Pada keesokan hari, isteri saya bertemu pengetua untuk melihat rakaman telefon bimbit itu dan dimaklumkan seorang pelajar tingkatan lima terbabit perbuatan itu, tetapi beliau enggan membenarkan isteri melihat rakaman berkenaan dengan alasan telefon itu kehabisan bateri.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/10
kesal dengan kejadian ini..kasihan pelajar tersebut..tak mampu berbuat apa2. Terbongkarpun hanya kerana selepas telefon bimbit pelajar senior itu dirampas. Pihak2 yang bertanggungjawab tidak boleh memandang mudah kejadian sebegini. Cuba letakkan anak2 sendiri di situasi berikut......Untuk pelajar yang membuli * kononnya bergurau* apa kata kita guraukan balik dengan dengan situasi yag sama ..apa dia rasa...baru dia ada akal....
No comments:
Post a Comment