KISAH GAMBAR NI....
...Sebagai
pekerja separuh masa di sebuah bengkel (Kuantan) membaiki kereta yang
terbabit dalam kemalangan, antara tugas Abdul Mubin ialah mengambil
gambar kereta mangsa sebelum ditunda ke premis majikannya.
“Pada hari itu kira-kira jam 11.30 malam, ada kemalangan di kawasan berkenaan membabitkan sebuah kereta BMW 5 Siri yang dinaiki empat lelaki dalam perjalanan ke Kuantan.
“Saya berhenti di sebuah stesen minyak di Jalan Gambang untuk ke tandas sebelum isteri menegur mengenai gambar diambil selepas berasa curiga dengan bentuk tiga lembaga yang dirakam. Saya membesarkan lagi imej berkenaan sebelum terkejut melihat ‘satu keluarga’ berwajah ngeri dan lengkap berpakaian.
“Makhluk menyerupai wanita itu berpakaian serba putih manakala dua lagi berbaju merah,” katanya, di sini, semalam.
Menurutnya, terkejut dengan penemuan makhluk itu yang kali pertama dilihatnya, dia kemudian memberitahu rakannya yang sama-sama berada di tempat kejadian.
Dia berkata, rakannya mendakwa tidak selesa ketika mereka berada di kawasan berkenaan sebelum itu.
Katanya, rakannya turut mendakwa menemui kesan tapak kaki berlumpur berjalan naik ke bumbung kereta yang terbabit nahas itu tetapi enggan menceritakan kepadanya kerana bimbang sesuatu buruk berlaku.
Abdul Mubin mendakwa, ketika merakam gambar berkenaan, dia yakin tiada sesiapa berada di depannya kerana tempat kejadian gelap gelita.

SUMBER DARI SINI
No comments:
Post a Comment