Sumber: nurizspace.com
Tajuk
berita, 3 remaja maut dilanggar van di Langkawi keluar dalam akhbar,
dan tak sangka salah seorang dari 3 remaja itu ialah Yasmin. Mengikut
cerita di twitter Yasmin jatuh dari motor dan dilanggar dengan van.
Ralat: bukan dilanggar lari seperti yang saya dapat info di twitter. Boleh baca petikan berita di sini.
Petanda
dia sebelum meninggal arwah Yasmin ada mengupload gambar di bawah ini
di twitter dan namanya menjadi topik hangat di twitter kerana gambar
ini. Arwah seperti tahu saja dia akan pergi buat selamanya, dia seronok
membaca buku 7 Malam Pertama di Kubur dan juga bercerita dia takut untuk tidur malam kerana sering bermimpi buruk.
Namanya antara trending topik di twitter
Yasmin Hunwick bukan popular macam Hanis Zalikha tetapi
jika anda masuk dan baca cerita di blog peribadinya anda akan kenal
siapa dia. Saya masih lagi terkejut dan tergamam dengan berita ini,
bagaikan mimpi. Yasmin merupakan anak sulung keluarga cik Johan dan dia
selalu memuatnaik gambar keluarga, bercerita tentang sekolah dan
kawan2nya. Arwah ada memuatnaik video dia bermain dengan adik adiknya,
video dia praktik latihan piano dan mcm mcm lagi.
Arwah
Yasmin sangat berbakat dan comel. Memandangkan dia dari kacukan
inggeris dan Melayu dia dilihat pelik di tempat dia tinggal, siapa
sangka wajah comel anak kacukan Inggeris ni pandai bercakap loghat
Kedah/utara pekat kerana bapanya dari Penang.
Di twitter nama Yasmin J Hunwick kini menjadi trending, ramai yang bersimpati dan sedih dengang kehilangan Yasmin.
Yasmin
berusia 17 tahun akan ambil exam SPM tahun ni . Dalam blognya arwah
cerita, dia teruja kerana sudah pandai bertwitter dan sukakan instagram
kerana mudah berkongsi gambar dengan rakan rakan di twitter.
Yasmin last post artikel di blognya pada 2 Jun
Video Yasmin berlatih piano
Video arwah di myspace
http://www.myspace.com/video/misschronicz/family-xp/59930907
Takziah
kepada keluarga encik Johan Eusoff dan keluarga , Al Fatihah buat
Yasmin semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang
orang yang beriman.
Ini berita kemalangan 3 remaja perempuan dari akhbar Harian Metro
LANGKAWI:
Tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah
motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah di
sini, tengah malam tadi.
Pegawai
Penyiasat Polis Trafik Langkawi Insp Fairus Mohd Ghazi berkata
ketiga-tiga mangsa iaitu Yasmin Suhari, 17, Nor Hazwani Mansor, 16, dan
Nur Afipah Aaina Ridzuan, 19, berasal dari Kuah dan merupakan pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini.
“Mereka
yang menaiki sebuah motosikal dari arah lampu isyarat Sungai Menghulu
bertembung dengan sebuah van dari arah Batu Asah di simpang berkenaan
kira-kira jam 12 tengah malam tadi,” katanya hari ini.
Katanya ketiga-tiga mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat
mereka dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat sebelum dituntut
keluarga masing-masing hari ini, manakala enam orang yang menaiki van
tidak mengalami sebarang kecederaan. – Bernama
Biodata Yasmin Johan Eusoff
Nama Sebenar : Yasmin Johan Eusoffe
Nama Famous Samaran : Yasmin J Hunwick
Tarikh Lahir : 22.2.1995
Asal : Georgetown, Penang
Menetap : Langkawi, Kedah
Status : Yang pasti aku tak kahwin lagi.
Seorang yang : periang , tidak suka perkara remeh temeh , suka berkawan , agak kasar , open-minded , pendiam pada mulanya berkawan tapi akan menggila kemudian , pemain piano , catur , arimathical ,cheerleader.
Tinggi : 164 cm
Berat : 43.2kg
Ciri ciri Fizikal : sangat kurus , berdarah kacukan melayu-inggeris , berjerawat pasir -..-
Nama Famous Samaran : Yasmin J Hunwick
Tarikh Lahir : 22.2.1995
Asal : Georgetown, Penang
Menetap : Langkawi, Kedah
Status : Yang pasti aku tak kahwin lagi.
Seorang yang : periang , tidak suka perkara remeh temeh , suka berkawan , agak kasar , open-minded , pendiam pada mulanya berkawan tapi akan menggila kemudian , pemain piano , catur , arimathical ,cheerleader.
Tinggi : 164 cm
Berat : 43.2kg
Ciri ciri Fizikal : sangat kurus , berdarah kacukan melayu-inggeris , berjerawat pasir -..-
Facebook : Yasmin J Hunwick / Yasmin J Hunwick II
Blog Yasmin
misschronicz.blogspot.com/
1 comment:
Mengapa mereka naik motor bertiga,tidakkah itu bahaya.inalillah
Post a Comment