5 Tip Istimewa untuk Suami
Isteri adalah anugerah dan nikmat istimewa yang diberikan
oleh Allah untuk lelaki. Kebanyakan kita apabila bercinta amat romantik
namun apabila sudah berkahwin, sifat romantic tersebut semakin padam
dan hampir lenyap. Semaikan semula perasaan cinta anda agar hidup suami
isteri bertambah dengan nikmat dan kebahagiaan.
Berikut adalah Tips untuk Suami.
1. Berikan bunga atau hadiah istimewa.
Boleh dilakukan pada awal bulan setiap kali menerima gaji.
Hantarkannya semasa dia bekerja atau dirumah. Luahkan kasih saying anda.
Hadiah dan bunga tidak perlu mahal.
2. Berikan Kad, Surat, Text atau FB message.
Tulis sesuatu yang indah untuk isteri seperti betapa cantiknya dia,
rindukan masakannya (walaupun maggi) atau sekadar ucapan terima kasih
kerana menjaga dan mendidik zuriat anda.
3. Ringankan beban isteri.
Cinta tidak perlu diluahkan dengan kata-kata. Ia amat bermakna apabila
dipraktikkan. Tolong Isteri dengan kerja rumah yang begitu membebankan.
Mengambil giliran menjaga anak atau dengan memberikannya sedikit masa
(Time Out) masa untuk rehat seketika dari membuat kerja rumah (bagi
surirumah sepenuh masa)
4. Luahkan kasih sayang.
Bilakah
kali terakhir anda mengucapkan cinta anda kepada isteri? Ucapan ini amat
bermakna. Ia sbenarnya memberikan maksud yang luas. Dengan mengucapkan
cinta, anda seperti memberikan harapan dan keyakinan kepada isteri dan
menguatkan semangat untuknya dalam menghadapi dunia yang penuh dugaan
ini.
5. Bawa dia keluar.
Gunakan masa yang ada untuk
membawa isteri anda keluar bersiar. Jika ada peluang, lakukan aktiviti
bersama-sama seperti menaiki basikal, berjogging, melawat museum atau
pameran atau sekadar jalan jalan cari makan.
No comments:
Post a Comment