Monday, April 30, 2012

ahli perniagaan mati ditiikam anak sendiri..


Ahli Perniagaan Mati Ditikam Anak Sendiri



IPOH – Akibat pergaduhan keluarga, seorang ahli perniagaan mati ditikam bertubi-tubi oleh anaknya sendiri, remaja berusia 15 tahun, di rumahnya di Taman Bersatu, Simpang Pulai, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, remaja berusia 15 tahun itu dikatakan menikam bapanya dalam sebuah bilik dengan menggunakan dua pisau.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, buat masa ini polis masih menjalankan siasatan.
Bagaimanapun motif pembunuhan remaja berkenaan dipercayai kerana marah dengan tindakan bapanya yang selalu bergaduh dan memukul ibunya.
“Suspek sendiri membuat laporan, kononnya menjumpai bapanya di rumah, mati dalam keadaan berlumuran darah,” katanya. – Sinar Harian Online

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...