Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris-
Cara mudahnya nak tahu kedai
itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai.
Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke
arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he..
Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan
kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam
tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.
Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين
, حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود
والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku :
“Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah
al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan
kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika
Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh,
no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan
Sohih, An-Nawawi : Sohih.
No comments:
Post a Comment