Sunday, April 15, 2012

Jangan di tangisi apa yang bukan milik mu

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa.Sesuatu yang luput dari genggaman , keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa , masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran.Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju ke majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberi ketenangan jiwa.

Hidup ini ibarat belantara.Temapat dimana kita mengejar keinginan dan impian.Dan memang manusia di ciptakan semuanya mempunyai kehendak dan mempunyai impian.Tetapi perlulah sentiasa beringat bahawa tidak semua yang kita inginkan akan tercapai.Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tidak perlu kita tangisi.Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak hanya punya satu hukum.Harus bahagia..harus berjaya..harus itu dan ini.

Banyak orang yang berjaya namun hakikatnya kejayaan yang dia peroleh ituu adalah dari Allah swt sehingga membuat dirinya sombong dan melakukan dengan sewenang-wenangnya.Begitu juga kegagalan yang tidak di hadapi dengan betul.Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang bukan menjadi hak kita.

Apa yang menjadi hak kita di dunia samada kedudukan , pangkat , kebahagiaan dan rezeki pasti akan diberikan Allah swt.Tetapi apa yang bukan menjadi hak milik kita,kita tidak akan mampu memilikinya meskipun apa yang kita inginkan itu nyaris-nyaris kita dapatkan meskipun kita telah berusaha separuh mati.

'tidak suatu bencana yang menimpa di bumi dan tidak pula pada diri mu sendiri melainkan telah tertulis di dalam kitab (luh mahfuz) sebelum kami menciptakannya.sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah swt .kami jelaskan yang demikian itu supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu , dan supaya kamu jangan terlalu gembira dengan apa yang diberikan-Nya kepada mu.Dan Allah swt tidak suka kepada orang yang sombong lagi membanggakan diri''

(Surah Al-Hadid:22-23)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...