Thursday, April 19, 2012

Sihir Gangguan Penyakit Fizikal

Sihir jenis ini dihantar bagi memberikan kesakitan kepada jasad pesakit.Hakikatnya,kesakitan yang dialami oleh pesakit benar benar dirasai.Pesakit pesakit mendapatkan rawatan moden daripada doktor sehinggga kepada tahap rawatan doktor pakar.Pesakit pesakit mendapatkan rawatan moden daripada doktor sehingga kepada tahap rawatan doktor pakar.Pelbagai kaedah perubatan moden dijalankan seperti pemeriksaan makmal,pemeriksaan x ray,imbasan CT ataupun MRI(CT scan dan MRI scan) dan ujian saraf dilakukan,tetapi tidak menunjukkan apa apa keputusan yang menjurus kepada diagnosis,nama penyakit)yang tepat.Doktor hanya mampu memberikan rawatan bagi mengurangkan gejala penyakit seperti uban penahan sakit.Pesakit pula dinasihatkan supaya bersabar tanpa diberikan kata putus perihal penyakit yang dialami.Terdapat dua cara gangguan jin secara fizikal ini berlaku,iaitu:

–> Sihir yang dihantar bertujuan memberikan kesakitan ataupun kesan penyakit fizikal kenapa mangsa.

–> Jin menganggu atau menumpang didalam tubuh orang yang lemah akibat penyakit fizikal yang hakiki,seperti pesakit kronik yang mempunyai sakit belakng disebabkan masalah tulang belakang.Namun begitu,jin menumpang pada bahagian yang sakit itu lalu menambah kadar kesakitan yang ada.

Terdapat kes kes rawatan dan mendapati penyakit yang dialami oleh pesakit pesakit itu sebenarnya adalah gangguan jin.Contoh penyakit fizikal sepertimana berikut menjelaskan lagi fenomena ini.

A) Sakit kepala kronik atau migrain

Pesakit mengadu sakit kepala diikuti oleh rasa loya dan muntah muntah.Gangguan penglihatan juga kerap berlaku dalam fasa aktif.Ubat penahan sakit tidak lagi berkesan.

B)Lumpuh sebelah muka atau bell’s palsy

Pesakit mengadu mukanya senget sebelah apabila melihat pada cermin.Pesakit berasa sukar menggerakkan otot otot muka pada bahagian yang diganggu.

C)Kelumpuhan anggota badan sama ada tangan atau pun kaki

Tanda tanda ini seperti kelumpuhan orangyang terkena penyakit strok.Bezanya,tidak ada kesan kesan pendarahan atau penyakit didalam otak apabila dilihat melalui CT scan atau MRI scan.Kelumpuhan yang berlaku dalam penyakit gangguan jin bukanlah kelumpuhan total,tetapi kepada kelumpuhan separa,iaitu otot otot menjadi lemah.

D)Jantung berdebar debar

Penyakit jantung berdebar debar disebabkan oleh gangguan fizikal yang sebenar,iaitu fungsi elektrik jantung tidak sihat.Keadaab ini berlaku kepada pesakit yang menghidap Atrial fibrillation.Kesan penyakit dapat dilihat melalui ECG,iaitu pemeriksaan bagi melihat fungsi elektrik jantung.Terdapat pesakit pesakit yang mengalami tanda berdebar yang sama tetapi apabila diperiksa melalui ECG semuanya masih berada dalam keadaaan normal.Apabila jin dipaksa keluar dari dada pesakit oleh perawat,pesakit berasa jantungnya normal kembali.

E)Demam panas

Demam dengan suhu badan yang terlalu tinggi disebabkan oleh gangguan jin.Orang yang terkena sihir cenderung mengalami demam.Malah,orang yang terserempak dengan hantu,iaitu jin jin selalunya mengadu mendapat demam panas kemudiannya dan tidak sihat beberapa hari.

F)Demam yang tidakk diketahui puncanya atau pyrexia of uknown origin

Keadaan ini selalunya berlaku apabila seseorang masuk kedalam hutan.Orang itu menghidap penyakit demam yang berpanjangan terutama pada waktu maghrib.Punca demam yang biasanya berlaku adalah demam malaysia,leptospirosis dan TB.Penyakit penyakit itu dapat dikesan melalui pemeriksaan darah atau x ray pesakit.Punya sebenar kes kes itu berlaku tidak dikenal pasti.Kami berpendapat.apabila demam tidak dapat dikesan,punca sebenarnya berkemungkinan disebabkan oleh gangguan jin.

G)Sakit sendi yang berpanjangan atau chronic arthritis

Penyakit ini tidak mengenal peringkat usia.Pesakit mengadu sakit sendi pada bahagian sendi sendi utama dan sakit sendi itu mampu berpindah pindah.Sebagai contoh,pada mulanya pesakit mengalami rasa sakit dilutut dan berpindah pula ke bahagian pergelangan tangan atau siku.Sakit sendi yang dialami pula diikuti oleh demam yang rendah suhu.Pemeriksaan darah menunjukkan pesakit berada dalam keadaan normal.Kmai berpendapat,penyakit ini juga berkemungkinan disebabkan oleh jin.

H)Sakit sengal sengal otot yang berpanjangan atau chronic fibromyalgia

Pesakit mengadu sengal sengal otot tanpa punca yang dapat dikesan.Pesakit juga selalu mengadu mengalami sakit belakang,sakit bahu,sakit tengkuk atau sakit pada sendi utama.Pesakit mengalami rasa sakit di telapak kaki atau pada bahagian sendi sendi kecil pada jari jemari.Pemeriksaan darah,x ray dan uji kaji saraf menunjukkan semuanya berada dalam keadaan normal.Doktor perubatan mengatakan penyakit yang dialami berpunca daripada stress,makanan yang mengandungi bahan pengawet atau kurang bersenam.Kami masih lagi berpendapat penyakit ini juga adalah salah satu bentuk gangguan jin.

I)Penyakit ketumbuhan atau kanser

Penyakit kanser adalah penyakit fizikal yang dapat di kesan.Kanser yang dikesan secara fizikal melalui pemeriksaan darah,x ray,CT scan,MRI scan atau pemerhatian secara zahir.Rawatan penyakit kanser biasanya dilakukan melalui pembedahan,kimoterapi atau radioterapi.Ada juga pesakit yang mengamalkan herba herba atau menjalani terapi penafasan qiqong dan sebagainya.Kami tidak menolak penyakit kanser juga berkemungkinan berpunca daripada gangguan jin.

J)Rabun atau buta

Rabun atau buta juga disebabkan oleh gangguan jin yang dilaksanakan melalui sihir.Biasanya ia berlaku secara tibab tiba.Pesakit dinasihati berjumpa pakar mata dahulu sebelum menjalanii rawatan alternatif.Sihir jenis ini biasanya mengelirukan pesakit atau mangsa sihir.Ia datang seperti penyakit fizikal yang dapat diraway oleh doktor perubatan moden tetapi pemeriksaan makmal,x ray atau imbasan,biasanya menunjukkan pesakit itu berada dalam keadaan normal.Pesakit dinasihatkan supaya menjalani rawatan doktor terlebih dahulu sebelum pergi kepada perawat alternatif.Pihak doktor moden berasa hampa kerana tidak dapat mencari diagnosis,nama penyakit yang tepat kepada penyakit yang dihidapi.Akhirnya,rawatan hanya bersifat menahan gejala yang dialami pesakit dengan bantuan ubat.



Penyakit fizikal wujud,tetapi ada penyakit yang mirip penyakit fizikal tetapi sebenarnya ia adalah penyakit serangan jin.Penyakit seperti ini tidak dapat dikesan melalui teknologi moden,berlaku berpanjangan dan terdapat tanda tanda umum gangguan jin yang lain.Selain itu ,orang yang lemah secara fizikal disebabkan penyakit tubuh badan juga mudah terkena serangan jin yang mahu menambah penyakit yang dihidapinya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...