Sihir
jenis ini dihantar bagi menyebabkan gangguan mental kepada
mangsa.Pesakit yang terkena sihir ini menjadi bingung sepanjang
masa,tidak boleh fokus dan mudah lupa kepada sesuatu perkara.Pesakit
juga kerap meracau racau dan bercakap seorang diri.Mangsa berpakaian
selekeh dan kadangkala tidak menghiraukan keaiban diri sendiri.Pesakit
seolah olah berada dalam dunianya sendiri ,Kerap kali berlaku pada
asalnya pesakit seorang yang normal ,bekerjaya dan berpelajaran tetapi
bertukar menjadi kurang siuman.
Pesakit tidak boleh menjalankan
apa apa tugas yang biasa dilakukannya sehingga lupa menjaga kebersihan
dan keselamatan diri.Pada tahap yang lebih kritikal,mangsa sihir ini
berjalan seorang diri dan merayau rayau tanpa tujuan serta tidur di
tempat sunyi.Rawatan moden tidak berkesan dan mangsa dihantar ke
hospital penyakit mental bagi menjalani rawatan.
Sihir jenis
ini dihantar kerana perasaan sakit hati,hasad dengki dan
dendam.Perlaksanaan sihir adalah dengan adanya penggunaan mantera,bahan
pujaan sihir dan penyeruan kepada jin jin.Jin jin jahat itu masuk ke
dalam otak mangsa dan membuat gangguan pada bahagian fungsi fikiran dan
akal rasional.Mangsa sihir dibisikkan dengan hasutan hasutan yang
menyebabkan mangsa keliru perihal perbezaan alam hakiki dan alam yang
diciptakan oleh jin jin itu.Tahap terakhir sihir ini adalah penguasaan
penuh minda pesakit sehingga beliau hanya hidup di alamnya sendiri.
Penyakit mental atau gila ini di rujuk kepada pakar psikiatri.Rawatan
yang dilakukan termasuk rawatan psikoterapi,kaunseling ,rawatan ubat
medikal dan pengasingan pesakit di wad wad atau hospital penyakit mental
kepada tiga cabang
Skizofrenia
Ia adalah penyakit yang difahami sebagai penyakit gila yang sebenar.Tanda tanda utama orang menghidap penyakit ini adalah :
a. Mengalami halusinasi secara visual atau pendengaran.Pesakit
terdengar bisikan bisikan yang memberitahu sesuatu atau menyuruh
melakukan sesuatu.Pesakit juga melihat dan berkomunikasi dengan orang
yang hanya beliau sahaja yang nampak.Pesakit selalu merasakan ada
konspirasi jahat yang mahu menganiaya drinya.
b.Merasakan diri
terlalu hebat sehingga kepada tahap yang pelik atau bizarre
delusion.Contohnya ,beliau merasakan dirinya sebagai presiden Amerika
Syarikat.merasakan dirinya boleh berhubung dengan roh roh atau makhluk
asing dari palnet lain atau boleh berhubung dengan roh roh atau makhluk
asing dari planet lain atau boleh membaca fikiran orang lain.
c.Pesakit tidak boleh berfungsi sebagai seorang yang normal,seperti bekerja atau berkeluarga.
Penyakit kerisauan (anxiety disorder)
Penyakit mental ini dikenali sebagai sifat bimbang atau risau yang
berlebihan.Contoh yang paling popular adalah obsessive compulsive
diorder iaitu sejenis penyakit was was yang menjadikan pesakit berasa
seolah olah tangan atau badannya kotor,lalu pesakit itu berulang ulang
membasuh tangannya atau mandi hanya bagi memuaskan hati.
Penyakit
was was yang biasa didengar oleh masyarakat kita adalah ketika mengambil
wuduk atau mengangkat takbiratulihram. Pesakit itu terpaksa melakukan
aktiviti itu berulang ulang sehingga menyusahkan diri.
Penyakit sedih berlebihan atau kemurungan(major depression)
Penyakit mental ini dikenal pasti apabila pesakit menjadi sedih yang
keterlaluan,disebabkan faktor faktor yang biasa seperti kematian
pasangan atau ditimpa musibah.Beza pesakit ini dengan orang normal
adalah pesakit itu tidak dapat mengawal dirinya sendiri.
Antara
gejala penyakit ini adalah seperti pesakit sentiasa berasa murung dan
hiba,suka menyendiri di dalam bilik yang gelap,tidak dapat menumpukan
fikiran dan tidak dapat bekerja atau melakukan aktiviti.Pesakit juga
menjadi seorang yang terlalu pendiam dan selalu terfikir mahu membunuh
diri.Mereka mudah berasa putus harapan dan dunia dirasakan gelap tanpa
apa apa penyelesaian masalah.
Hubungan penyakit mental dan gangguan jin.
Sekiranya kita perhatikan,terdapat banyak persamaan definisi yang
dibuat oleh ilmu perubatan moden berkenaan penyakit mental dan juga
pemahaman ilmu sihir yang ditemui pada pesakit pesakit gangguan jin.Kami
mengambil pendirian,penyakit mental yang disebabkan oleh sihir atau
gangguan rambang sememangnya tidak dapat lari daripada penglibatan
jin,syaitan dan iblis.Contohnya:
a)Halusinasi visual atau
pendengaran sebenar menjelaskan perihal penipuan jin yang sentiasa
menampakkan diri atau menghasilkan bunyi bunyi bagi menakutkan
manusia.Kesan ini lebih ketara berlaku kepada pesakit pesakit mental.
b)Obsessive compulsive diorder pula menjelaskan perihal penyakit was
was yang diajar oleh nabi Muhammad supaya berlindung daripadanya dengan
doa atau membaca surah Annas.Syaitan yang bernama al-khannas terlibat
dalam aktiviti mencetuskan rasa was was.
c)Penyakit sedih yang
keterlaluan9major depression)pula membuka ruang untuk iblis menguasai
manusia.Sifat sedih adalah normal tetapi sifat sedih yang keterlaluan
menyebabkan syaitan dan iblis menghasut supaya kita berputus asa
sehingga kepada tahap membunuh diri.Nabi Muhammad juga mengajar kita doa
perlindungan khusus bagi mengelakkan diri daripada penyakit sedih dan
kecewa ini.
Kesimpulannya,penyakit mental berlaku
kepada semua orang.Emosi yang normal ialah emosi yang terkawal dans
entiasa dipantau oleh akal fikiran manusia supaya bersifat sederhana dan
pasrah.Emosi yang tidak terkawal seperti takut,risau dan sedih yang
keterlaluan membuka ruang untuk syaitan menguasai manusia.Pada masa yang
sama,faktor sihir dan pennglibatan jin jin dalam penyakit mental
khususnya gila tidak boleh ditolak mentah mentah.
Rasullullah
mengajar kita cara cara menstabilkan emosi dengan berdoa dan berserah
diri kepada Allah.Terpulang kepada pembaca sekalian bagi memilih jalan
mana yang sesuai mengikut fitrah manusia dan seperti yang diajar oleh
Allah.
No comments:
Post a Comment