BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN
Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri
bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih
amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak
kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu,
supaya anak senang buang air etc.
Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.
Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.
Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi
akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu.
Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima
kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana
air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati
pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan
kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.
Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap
bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne
Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang
jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat
Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak
bermaya.
Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini
menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak
dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti
air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan
puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit
yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada
pelbagai jangkitan.
Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat
berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5
minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah
bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan
tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.
Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air
atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang
terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan
mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses
tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya
♥♥ Da habis baca, Jgn lupa tekan share ye.. sama2 kite sebarkan info berguna ni pada ibu/bapa muda yg 1st time nk smbut bby ♥♥
No comments:
Post a Comment