Umar Al-Khattab merayu pada wanita miskin agar jangan dakwanya di akhirat
Kita telah biasa membaca kisah Saidina Umar bin Al-Khattab r.a ketika
menjadi khalifah (pemimpin) dengan seorang ibu miskin yang hanya memasak
batu kerana anaknya kelaparan. Tetapi pernahkah kita (yang menjadi
pemimpin) ambil pengajaran dari kisah tersebut?
Umar r.a dan pembantunya Aslam telah keluar menyamar dan membuat rondaan
ke suatu tempat bernama Harrah. Tiba di satu tempat, Umar dan Aslam
mendapati ada seorang wanita dan beberapa orang anak yang sedang
menangis kelaparan.
Wanita tersebut telah mengungkit-ungkit
tidak puas hati kepada Umar r.a kerana tidak membantunya. Umar memberi
salam lalu menyapanya. Wanita tersebut menerangkan bahawa dia tiada
makanan untuk memberi makan pada anak-anaknya. Hanya dengan merebus air
dapat menenangkan anak-anaknya, dengan harapan agar nanti dapat makan
apa yang dimasak oleh ibunya. Sehinggalah anak-anak itu tertidur.
Umar menangis mendengar keluhan wanita tersebut. Setelah Umar bantu
wanita tersebut, wanita tersebut mengatakan sepatutnya dialah yang layak
menjadi khalifah. Sedangkan dia tidak tahu bahawa yang menolongnya itu
adalah Umar.
Kemudiannya Umar r.a telah memanggilnya mengadap
keesokan hari, dan menghadiahkannya wang. Umar MERAYU pada beliau agar
berjanji jangan MENDAKWANYA di hadapan Allah Azza wa Jalla di akhirat
nanti. MasyaAllah, sampai macam itu sekali tawadhu' dan takutnya Umar
pada kemurkaan Allah S.w.t.
Ini lah sebenarnya yang dikatakan
Amirul mukminin, iaitu "pemimpin kepada orang-orang mukmin". Ini lah
contoh tauladan yang sebaiknya dicontohi. Sedangkan Umar r.a telah
dijanjikan syurga oleh Nabi Muhammad S.a.w, tetapi beliau masih lagi
takut akan disoal di akhirat kelak mengenai kepimpinannya, apatah lagi
kita yang langsung tidak dijanjikan syurga lagi ini.
No comments:
Post a Comment